Biji Tasbih Tersumbat Dalam Hidung, Anak PU Syed Dikejar Ke Hospital

Hiburan

Biji Tasbih Tersumbat Dalam Hidung, Anak PU Syed Dikejar Ke Hospital

Mendedahkan bahawa anak perempuannya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mendapati sebiji tasbih kristal dimasukkan ke dalam hidungnya, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya kongsi pengalaman ngeri itu kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Biji Tasbih Tersumbat Dalam Hidung, Anak PU Syed Dikejar Ke Hospital

Advertisement

Menurut PU Syed, selepas cubaan mengeluarkan semula biji tasbih itu gagal, beliau khabarnya bertindak membawa anaknya Faathimah ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak. 

“Anakanda Faathimah masukkan biji tasbih kristal dalam hidungnya. Jenuh kami usaha nak keluarkan, tapi tak berjaya. Terpaksa bawa ke unit kecemasan KPJ Ipoh. Bagaimanapun, doktor bertugas minta datang pagi ini untuk jumpa ENT (pakar telinga, hidung dan tekak). Terbang RM120 tanpa apa-apa selain jenguk sahaja.”

Meskipun begitu, setibanya di rumah, beliau kemudiannya berusaha sekali lagi untuk cuba mengeluarkan biji tasbih yang masih tersekat dalam hidung anak perempuannya itu.

Biji Tasbih Tersumbat Dalam Hidung, Anak PU Syed Dikejar Ke Hospital

“Bawa balik Faathimah, saya dan isteri usaha keluarkan juga dan alhamdulillah sedut punya sedut, pakai penyedut hingus, bukan vakum tu ya..korek sikit-sikit. Alhamdulillah akhirnya kami berjaya keluarkan sekitar jam hampir 12 malam. Alhamdulillah.”

Dalam entri itu juga, PU Syed sempat memaparkan sekeping foto yang jelas kelihatan sebiji batu tasbih yang berjaya dikeluarkan dari hidung anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut berasa lega dengan perkhabaran itu. Malah turut menasihatinya supaya sentiasa peka dan awasi segala perkara yang dilakukan anak-anak di rumah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...