“Big Boss Minta Saya Berubah..” – Puteri Sarah Dengar Nasihat Andi Arsyil, Bertekad Jadi Lebih Pemaaf & Baik Tahun Ini

Hiburan

“Big Boss Minta Saya Berubah..” – Puteri Sarah Dengar Nasihat Andi Arsyil, Bertekad Jadi Lebih Pemaaf & Baik Tahun Ini

Pelakon dan usahawan Puteri Sarah Liyana cuba untuk menjadi lebih baik dah pemaaf di tahun 2024 ini seperti yang diminta oleh sahabat dan rakan bisnesnya, pelakon Andi Arsyil.

Jadi lebih pemaaf

Kata aktres ini di sebuah siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Andi telah menasihati Sarah untuk menjadi seorang yang pemaaf dan meninggalkan perkara-perkara yang toksik dalam hidupnya pada tahun baru ini.

Advertisement

Kita suka gaduh, tapi big boss (Andi Arsyil) kata ‘tolong lah berubah’, ‘jangan gaduh-gaduh’. Kita pun okay lah, kita pun dah malas.

 

Sakit hati juga bila Andi kata cuba jadi baik, saya rasa macam kena tikam.

Tak akan ambil hak orang

Tambah Sarah lagi, meskipun dirinya ditindas dan dianiya sebelum ini, dia tetap berpegang pada prinsip tidak akan mengambil hak orang lain. Namun, kata Sarah, dia tidak percaya ada yang sanggup mengambil jumlah wang yang banyak dari syarikatnya itu.

2024 Sarah janji Sarah tak akan jadi garang. Memang Sarah garang tapi kita tengok siapa yang bentuk kita. Kalau orang yang baik bentuk kita, maka kita ikut jadi baik.

 

Biar orang baling tahi pada kita, tapi kita bagi bunga pada dia.

Terdahulu, Sarah mendedahkan bahawa dirinya telah ditipu dengan seorang pegawai yang telah mengambil wang sebanyak RM26K sebagai gaji tanpa pengetahuan Sarah terlebih dahulu.

puteri sarah
10 months ago

"Tak Suka Orang Memandai, Kawan Saya Pun Tak Pernah Cakap Begitu" - Puteri Sarah Nafi Bakal Berkahwin Seperti Didakwa Shuhada

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...