Program nyanyian berunsur islamik, Gema Gegar Vaganza mendapat sambutan yang agak hangat juga. Sudah dua minggu bersiaran, kali ini penyanyi Bienda diumum tersingkir daripada program berkenaan.
Walaupun baru 2 minggu dapat beraksi di pentas GGV, Bienda redha dan pada masa yang sama merasa puas hati dengan persembahannya. Bienda pada hari Sabtu lepas membawakan lagu Sejati nyanyian asal Faizal Tahir.
Saya sudah bekerja keras untuk GGV dan berpuas hati dengan persembahan yang saya berikan malam itu. Saya sampaikan lagu tersebut ikhlas daripada hati kerana Allah dan saya anggap mungkin sampai di sini sahaja rezeki saya dalam pertandingan ini.
Meskipun perjalanannya didalam GGV sudah berakhir ia tidak bermakna Bienda akan berputus asa dalam bidang nyanyian. Bienda bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi hasil ciptaan DJ Fuzz.
Dalam masa terdekat ini, saya dan suami akan bercuti di sebuah pulau dalam Malaysia. Suami saya suka aktiviti menyelam, sudah lama kami merancang untuk pergi bersama, tapi selalu terbantut kerana saya sibuk. Insya-Allah selepas itu barulah saya sibuk dalam perancangan single terbaharu pada tahun ini juga.
Sementara itu, sembilan peserta yang masih bertanding adalah Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE dan Wani. Manakala peserta kumpulan Hijjaz, Saujana, Mirwana, dan UNIC.