Pertama-tamanya memang comel sungguh puteri sulung Bienda yang diberikan nama Lavienda Namiraz ini. First time dengan nama yang agak pelik ini, Abang Nara tertanya juga macam mana Bienda boleh dapat idea untuk nama seunik ini. Rupa-rupanya Bienda suka melayan telenovela Latin semasa hamil dulu.
Kata Bienda:-
Nama Lavienda diilhamkan daripada gabungan nama saya dan salah satu watak dalam telenovela Latin yang saya gemar tonton ketika mengandung dulu. Kebetulan pula, suami juga ada nama pilihannya iaitu Namiraz yang diambil daripada nama Zariman yang diterbalikkan. Untuk berlaku adil, kamu gabungkan dua nama itu.
Nasib baik Bienda tak namakan anak dia Maria Mercedes. Hehehe. Apa-apa pun harap nama Lavienda ini ada maksud yang elok walaupun di dalam bahasa Latin. Abang Nara rasa mungkin maksud Lavienda ialah bunga sebab sebutan dekat-dekat dengan Lavender. Tak gitu? Info kredit Mstar.
aiza
April 13, 2012 at 12:31 pm
stiap org ada pngalaman mgandung&bersalin yg bbeza2..bkn mdh nak cipta syurga sbb tu Allah uji ibu2/ibu ngandung ni, jd tpulanglah pd Bienda nk beri nama ape pada anaknya..tapi seperti ceramah yg pernah didengar sblm ni, ustaz mnyatakn beri nama anak ni kalau ibu/bapa nak letak nama dalam bhs latin ke, cina ke, india ke dll tak kisah asalkan dalam latin/cina/india dll tu mbawa maksud yg baik..