Bidas Kritikan Haters Terhadap Hafidz Roshdi : Kamal Adli Nafi Ingin Berlagak Hero

Hiburan

Bidas Kritikan Haters Terhadap Hafidz Roshdi : Kamal Adli Nafi Ingin Berlagak Hero

Beberapa rakan artis sebelum ini ada bertindak untuk membidas segala komen negatif dan melampau daripada netizen yang mengutuk rupa paras isteri kepada Hafidz Roshdi. Antara artis yang aktif membidas komen haters adalah Kamal Adli.

Advertisement

Namun, Kamal sebenarnya bukan mahu berlagak hero tetapi beliau sendiri sudah tidak dapat menahan rasa geram terhadap mereka yang memberikan komen ikut sedap hati. Buat Kamal, ianya sudah melampau apabila mereka berani untuk menghina rupa paras seseorang.

Kalau ikutkan, saya tak kenal pun siapa dia pelakon Hafidz Roshdi itu kerana setakat ini kami belum pernah bekerjasama dalam mana-mana drama.

Bahkan, saya tahu mengenai berita perkahwinan dia (Hafidz) pun melalui blog di laman sosial. Cuma, saya sangat terkejut apabila membaca komen ditulis netizen pada foto dimuat naik Hafidz bersama isterinya.

Jika dinilai pada sudut akal yang positif, mana ada manusia yang sempurna termasuk diri sendiri. Jadi, janganlah sesuka hati menghina orang lain walau pun dalam laman sosial. Menghina fizikal orang lain sewenang-wenangnya tanpa melihat apakah diri sendiri sudah cukup sempurna, memang tidak wajar. Saya akui simpati kepada Hafidz dan isteri.

Kamal juga menganggap komen beliau itu tidak keterlaluan dan beliau juga nafi melakukan perkara berkenaan kerana sengaja cuba untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Kamal hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan bergelar manusia dimana beliau merasakan tindakan menghina fizikal seseorang itu adalah melampau.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...