“Bidas” Gelung Getah Pada Kemaluan, Guru Disiplin Mungkin Bermasalah

Trending

“Bidas” Gelung Getah Pada Kemaluan, Guru Disiplin Mungkin Bermasalah

GetahXXXX.transformed

Seorang guru disiplin di sebuah sekolah di sini mungkin berada dalam masalah selepas satu laporan polis dibuat keatasnya yang mendakwa dia telah melakukan hukuman “aneh” kepada dua orang pelajarnya.

Pengadu mendakwa bahawa guru terbabit telah membidas gelung getah pada kemaluan dua orang pelajar darjah enam sejurus selepas memaksa mereka membuka seluar.

Advertisement

Guru itu juga didakwa telah menampar pelajar tersebut.

Laporan polis telah dibuat oleh Maimunah Harun dan Ramlan Razak, masing-masing merupakan nenek dan bapa kepada pelajar yang terlibat. Laporan polis itu dibuat di balai polis Melang.

Menurut mereka, laporan polis dibuat selepas aduan yang dibuat kepada sekolah dan juga pejabat pelajaran daerah, kira-kira dua bulan lepas, tetapi seperti tidak diendahkan.

Menceritakan kejadian, Maimunah berkata insiden terbabit berlaku pada 12 Nov tahun lepas.

Ia(kejadian) berlaku satu minggu sebelum cuti sekolah bermula.

Kedua-dua pelajar itu diminta untuk berjumpa dengan guru disiplin kerana dikatakan mencuri bol kereta guru“, katanya sebagaimana lapor NST.

Maimunah mendakwa kedua pelajar lelaki itu dipaksa membuka seluar sebelum guru terbabit membidas getah ke kemaluan mereka sebagai hukuman.

Tambahnya, selepas mengetahui tentang kejadian, dia dan Ramlan membuat aduan kepada sekolah dan membawa hal tersebut kepada pegawai pendidikan daerah.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, masih belum ada tindakan yang diambil

Saya risau cucu saya akan ponteng sekolah kerana dia masih lagi trauma berikutan insiden tersebut”, tambahnya.

Sementara itu, Ramlan berkata dia risau dengan keadaan emosi anaknya kerana dia akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Luqman Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan polis telah menerima laporan berkaitan kes tersebut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Guru tersebut boleh didakwa kerana menyebabkan kecederaan, tetapi dia tidak akan ditangkap kerana kecederaan tidak serius

Sebaik sahaja siasatan selesai, kami akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut“, kata beliau.

Jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah mengesahkan menerima aduan itu dan berkata perkara itu telah dirujuk ke sekolah untuk siasatan lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...