“Bidadari Syurga…” – Pakai Busana Serba Putih, Ira Kazar Dah Kahwin?

Hiburan

“Bidadari Syurga…” – Pakai Busana Serba Putih, Ira Kazar Dah Kahwin?

 

Penampilan selebriti media sosial, Ira Kazar mencuri perhatian netizen selepas wajahnya ditata rias oleh jurusolek, Fatimah Jamal, dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.

Advertisement

Fatimah berkongsi hasil solekan bertemakan akad nikah yang menyerlahkan kejelitaan Ira, atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin. Ira juga kelihatan anggun mengenakan busana putih, seolah-olah bersedia untuk dinikahi.

ira kazar

ira kazar

Menurut Fatimah, Ira bukan sahaja cantik tetapi juga memiliki peribadi yang menyenangkan.

Ira sangat baik, humble dan sopan orangnya. Bukan senang nak jumpa orang yang tak kedekut ucap terima kasih. Jadi, kita sebagai manusia jangan cepat menilai.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen memuji kecantikan Ira dan menyifatkan dia memiliki wajah yang manis serta mempesona.

Malah ada yang menyamakan wajah bekas isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof itu dengan selebriti Bollywood, Deepika Padukone.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ally mukhriz bersuara
2025-07-10 12:56:41

"Saya Tak 'Bitter' Pun" - Ally Mukhriz Bersuara Isu Baju Sanding, Doakan Kebahagiaan Ezlisa Loy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...