‘Influencer’ dan juga usahawan kosmetik, Datin Thalia Baiduri mendedahkan sikap pembantu rumahnya yang menganiaya anak dan juga mendoakan perkara buruk terhadap dirinya.
Dedah Thalia, anak bongsunya pernah dibiarkan berbau hancing dan bermain dengan air tandas.
Semuanya terbongkar apabila mesejnya bersama teman lelaki dikirimkan oleh individu berkenaan. Bila saya tanya dia menafikan, tapi bukti jelas apabila kami menerima mesej yang dia kirimkan kepada kekasih dan memaki hamun kami termasuk mendoakan saya dan anak mampus.
Ujarnya lagi, pada mulanya sukar untuk dia percaya tentang apa yang berlaku kerana pembantu rumahnya itu sangat baik dan tidak pernah tinggal solat dhuha.
Thalia yang juga pelakon itu mengetahui perkara sebenar setelah dimaklumkan dua lagi pembantu rumahnya yang lain.
Saya memang hairan sebelum ini bila anak saya berbau busuk setiap kali saya balik kerja, malah badannya juga penuh dengan luka tapi bila tanya dia, siap sumpah dengan nama Allah dia jaga anak dengan baik.
Rupanya anak saya sudah beberapa kali jatuh dan dibiarkan sendirian tanpa dibersihkan. Bibik lain tak berani dengan dia kerana dia sudah lebih setahun berkhidmat dengan saya.
Lantaran itu, suami Thalia, Datuk Shahriza Amir telah menamatkan perkhidmatannya dan meminta bibik tersebut keluar dari rumah dengan serta merta.
“Saya sendiri hilang kata-kata dengan sikap bibik berkenaan. Tak apalah tak ada rezeki dia bekerja dengan saya. Yang penting kita dah pulangkan pada ejen dan keselamatan anak kami terjamin” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.