Biawak Lepaskan Hajat Dalam Rumah Curi Perhatian Netizen

Trending

Biawak Lepaskan Hajat Dalam Rumah Curi Perhatian Netizen

Tidak dinafikan, pastinya majoriti dalam kalangan kita yang mengenali biawak kan? Ramai yang mungkin biasa jumpa atau terjumpa haiwan reptilia ini dan nama saintifiknya adalah Varanus salvator.

Biawak adalah haiwan pemangsa yang memakan haiwan lain dan ia merupakan sebaha­gian daripada rantaian makanan dalam ekologi di kawasan habitatnya.

Advertisement

Seperti yang kita tahu, biawak ialah sejenis haiwan liar yang sering berkeliaran mencari makanan termasuklah yang paling menjadi kesukaannya iaitu ayam atau itik di dalam reban.

3 years ago

Berani! Kakitangan Perempuan Sanggup Buka Ikatan Tali Biawak Hidup Tanpa Geli

Kebiasaannya, biawak boleh kita lihat berada di kawasan paya dan tasik yang menjadi habitatnya. Dalam hutan juga tentunya ada spesis haiwan reptilia ini.

Namun, jarang rasanya kita dapat lihat biawak berada dalam rumah, kalau ada pastinya kita akan menjadi cemas dan takut kan?

Tuan rumah cemas terjumpa biawak besar di dalam rumah

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna yang memaparkan satu kejadian apabila seekor biawak ditemukan di dalam rumah oleh tuan rumah tersebut.


Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan salah seorang tuan rumah itu telah berjaya merakam kehadiran seekor biawak besar di dalam rumah mereka yang sedang menuju ke luar rumah. Perakam video tersebut memanggil ahli rumahnya yang lain dalam nada yang cemas.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila biawak tersebut dilihat sempat melepaskan hajat di dalam rumah itu.

Lebih melucukan apabila mereka semua berasa geram melihat biawak tersebut melepaskan hajatnya di dalam rumah mereka kerana menjadi satu kerja pula untuk mereka membersihkan najis biawak itu.

“Nak tumpang tandas tapi tak sempat tu, dah hujung hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan, 148.8 ribu tanda like dan 5.6 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat biawak tersebut melepaskan hajatnya di dalam rumah itu.

Biawak berak dalam rumah

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Biawak berak dalam rumah

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan biawak tersebut sebenarnya mahu menumpang tandas rumah itu tetapi terpaksa melepaskan hajatnya di dalam rumah kerana sudah tidak tahan. Ada-ada saja la korang ni!

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...