Biasiswa Yayasan Cemerlang UNIRAZAK Untuk Anda

Hiburan

Biasiswa Yayasan Cemerlang UNIRAZAK Untuk Anda

Yeah ~~ Peluang terbaik untuk anda yang sedang mencari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. BeautifulNara dan UNIRAZAK telah bekerjasama untuk memberikan satu biasiswa kepada pembaca BeautifulNara (tak kiralah kalau anda nak apply untuk anak anda pun). Ini satu peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan.

yayasan cemerlang unirazak

Advertisement

Biasiswa di bawah Yayasan Cemerlang UNIRAZAK ini turut termasuk:-

  1. Segala yuran kemasukan ke Unirazak
  2. Elaun bulanan berjumlah RM750
  3. Untuk program asas sehinggalah program master
  4. Tiada kontrak

Namun seperti biasa ada beberapa syarat yang anda perlu patuhi sebelum memohon biasiswa ini. Syarat-syaratnya ialah:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Minimum 5A dalam SPM atau 3A dalam STPM untuk program ijazah
  3. Minimum CGPA 3.0 untuk program master
  4. Pendapatan keluarga tidak lebih daripada RM5,000 (gabungan ibu bapa)

yayasan cemerlang unirazakPasti anda teruja bukan? Tak perlu bayar apa-apa selepas tamat belajar. Tak perlu risau pasal duit belanja bulan-bulan. Dapat belajar kat tengah-tengah KL pulak tue. Paling best, kursus yang ditawarkan kesemuanya menarik dan sangat-sangat diperlukan dalam pekerjaan. Boleh layari www.unirazak.edu.my untuk melihat lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang ada di Unirazak.
yayasan cemerlang unirazakTawaran ini akan tamat pada 2 Mei 2014 kerana kemasukan seterusnya akan bermula pada Jun 2014. Permohonan boleh dihantar ke email [email protected].  Hanya perlu tulis sedikit biodata diri anda dan keputusan-keputusan peperiksaan yang diperlukan. Anda juga boleh melayari laman web www.yayasancemerlang.org.my untuk informasi lanjut. Sekiranya anda disenarai pendek, pihak UNIRAZAK akan menghubungi anda. Semoga berjaya!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...