Hubungan rapat antara Fattah Amin dan Amira Othman terus menjadi bualan netizen selepas satu lagi momen ‘sweet’ mereka tular di TikTok.
Dalam video berkenaan, Amira dilihat berkongsi rakaman saat Fattah memperkenalkan dirinya kepada bapa Amira yang hadir ke lokasi penggambaran.
Momen itu disambut dengan senyuman manis dan gelak tawa, menambahkan lagi ‘spark’ yang dirasakan oleh peminat.
Namun, yang paling mencuri tumpuan ialah apabila Fattah secara bersahaja meminta ibunya sendiri untuk komen di video TikTok Amira!
“Nanti mama komen kat TikTok Amira ya…”
Reaksi spontan itu membuatkan netizen semakin yakin ada sesuatu yang lebih daripada sekadar kawan sekerja antara dua selebriti ini.
Kebanyakan peminat mendoakan agar hubungan Fattah dan Amira dipermudahkan jika benar mereka sedang mengenali hati masing-masing. Namun ada juga yang mengingatkan agar tidak terlalu cepat membuat spekulasi tanpa kenyataan rasmi.
Untuk rekod, kedua-dua bintang ini sebelum ini banyak terlibat dalam penggambaran dan projek bersama — dan setiap kali itu jugalah, ‘chemistry’ mereka jadi tumpuan.
Adakah ini ‘soft launch’ secara tak rasmi? Atau hanya gurauan manja rakan sekerja? Sama-sama kita tunggu…
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.