Pelakon Ikmal Amry memilih untuk tidak menghakimi rakan-rakan selebriti yang menyertai kelab sukan Challo yang gemar menayang badan setiap kali beriadah.
Namun begitu, dia juga tidak menghalalkan sesuatu yang haram untuk dilakukan kerana apa yang salah itu tetap salah.
Dia juga meminta netizen di luar sana untuk tidak mengecam kerana merasakan rakan-rakanya itu sekadar ingin berkongsi pencapaian mereka setelah berjaya mendapatkan bentuk badan ideal.
Biasalah, kalau ada badan yang cantik, mesti rasa nak tunjuk. Perasaan membuak mahu tunjuk itu ada. Dulu, sewaktu saya berusia 24 tahun pun, ada badan cantik dan tunjuk di Instagram setiap hari.
Sebelum badan mereka tak siap, pernah nampak mereka tunjuk? Tidak. Tapi, mereka bekerja keras untuk dapatkan badan sedemikian dan mahu menghargai usaha mereka sendiri.
Bapa kepada dua anak itu walau bagaimanapun tidak menghalalkan sesuatu yang salah terutamanya dari segi agama.
Kalau sentuh mengenai tunjuk aurat, itu memang saya sendiri pun menidakkan sesuatu yang salah dalam agama.
Sebelum ini, muncul kata-kata negatif daripada netizen yang berasa kurang senang dengan tindakan ahli kelab sukan Challo yang gemar berlari tanpa memakai baju.
Difahamkan, Ikmal sudah tidak lagi aktif namun kelab itu masih berdiri teguh dengan penyertaan beberapa selebriti tempatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.