Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan bahawa dirinya berasa hairan kerana netizen sering memberi perhatian terhadap kehidupan peribadi anak perempuannya, Kasih Iris Leona.
Memetik laporan mStar, Azhar memberitahu Leona sering kali mengadu tentang kecaman yang diterima daripada netizen tentang cara pemakaiannya,
Bak kata Leona, mereka seperti masuk ke rumahnya dan curi-curi dengar kemudian keluar dan sebarkan kepada orang lain…
…Adakah anda rasa itu perkara yang baik? Apa sahaja yang dilakukan oleh anak saya biarlah urusannya itu dengan Tuhan.”
Bercerita lebih lanjut, Azhar menganggap bahawa portal-portal hiburan kerap menulis kisah sensasi tentang Leona hanya kerana mahu menaikkan rating pembaca.
Dalam pada itu, Azhar turut meluahkan rasa kurang selesa apabila nama puterinya itu sering terpalit kontroversi dan menganggap perkara yang berlaku sebagai salah satu cabaran bergelar bapa.
Bagi saya, Leona juga hanya menjadi bahan bercerita kepada netizen. Orang tidak mahu melihat perkara-perkara baik, sebaliknya mereka mahukan sesuatu yang sensasi…
…Sebagai bapa, sejujurnya saya tidak selesa kerana pertamanya orang akan kecam saya.”
Sementara itu, Azhar juga berharap agar anak perempuannya itu dapat berubah pada masa akan datang dan menyifatkan perkara yang berlaku sebagai satu lumrah kehidupan.
Dia masih muda, saya berharap dalam setahun dua mungkin dia akan berubah. InsyaAllah manusia akan berubah…
…Semua ini adalah lumrah kehidupan, lebih-lebih lagi bagi orang muda seperti Leona. Sekarang dia pun sedang berjauhan dengan kami kerana belajar di luar negara. Saya harap dia akan berubah nanti.”
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: