Biarlah Saya Undur Diri – Redzwani Puteri

Hiburan

Biarlah Saya Undur Diri – Redzwani Puteri

Tiada apa yang perlu disedihkan. Tiada apa yang perlu ditangiskan. Seharusnya Redzwani Puteri bersyukur kerana Shah Jaszle mengakui sudah mempunyai kekasih baru. Abang Nara yakin ada lelaki lebih baik di luar sana yang menanti Redzwani Puteri. Anggaplah ini semua satu dugaan dan cabaran dalam usaha untuk bertemu lelaki yang lebih baik dan lebih sempurna berbanding bekas tunangnya itu.

shah jaszle

Advertisement

Abang Nara harap kali ini Redzwani Puteri benar-benar sudah melupakan dan tidak lagi menyimpan perasaan cinta terhadap Shah Jaszle. Cukuplah pengorbanan anda selama ini. Berkata kepada Mstar Online, Redzwani Puteri mengakui tidak lagi mempunyai perasaan sayang terhadap pelakon tersebut. Kata Puteri:-

Biarlah saya undur diri. Mereka (Shahrizal dan Hanis) mengaku mereka adalah sepasang kekasih. Maka tiada lagi kewujudan saya.

Tentang apa yang telah berlaku, tiada apa yang saya boleh katakan. Mereka pun telah membuat kenyataan masing-masing. Jadi, tak perlulah saya cakap panjang lebar. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing.

Saya di sini baik-baik sahaja, Alhamdulillah. Saya juga ingin memohon maaf atas kelewatan saya untuk mengulas tentang perkara ini. Harap, semua faham dengan keadaan saya.

hanis husna

Dengan ijazah doktor yang bakal diterima oleh Redzwani Puteri, Abang Nara yakin ramai lelaki lain di luar sana yang akan merebut cintanya. Percayalah akan ada pengakhiran yang menggembirakan buat anda. Yang penting tumpukan perhatian terhadap pelajaran terlebih dahulu. Pedulikanlah orang yang tidak pandai menghargai segala jasa dan pengorbanan kita. Marilah kita doakan yang terbaik buat Redzwani Puteri.

P.S: Hotel kapsul di bandar Haikou China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...