Pastinya orang yang paling kecewa dengan penceraian yang berlaku ini ialah tuan punya badan sendiri, Jimmy Shanley. Jimmy mengakui dia terpaksa mungkir janji dengan ibu mertuanya, Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan anaknya. Memang jodoh mereka sudah tertulis sampai di sini sahaja.
Buat masa ini, nampaknya Jimmy masih tidak berfikir untuk mencari pengganti. Ini berdasarkan kata-katanya selepas keluar daripada mahkamah semalam:-
Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan di Jannah
Untuk makluman, permohonan hadanah iaitu hak jagaan anak yang difailkan Jimmy di mahkamah tinggi akan diteruskan untuk perbicaraan. Buat masa ini, anak mereka berada di bawah jagaan Suhaila dengan Jimmy diberikan hak untuk melawat bila-bila masa sahaja. Semoga prosiding untuk kes ini tidak berpanjangan dan kata muafakat dapat dicapai secepat mungkin. Sama-sama kita doakan.