Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Biarlah Pakaian Anak Selekeh, Asalkan Bahagia..” Ozlyn Nasihat Jangan Pura-Pura Mewah Hanya Di Media Sosial

Pelakon dan juga isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn menzahirkan perasaan syukur ke atas rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T kepada diri dan seluruh ahli keluarganya.

OzlynnSumber : Instagram Ozlynn  

Dia dilihat tampil meluahkan rasa syukur dan gembira itu menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.

Advertisement

Menerusi postingnya itu, Ozlynn berpendapat bahawa kebahagiaan seseorang itu tidak semestinya diukur dengan kemewahan dan berpaksikan kepada apa yang ditunjukkan di media sosial semata-mata.

“Biarlah rumah aku biasa-biasa, biarlah barang rumah tak mewah macam korang, biarlah pakaian anak beranak selekeh, yang penting cukup makan pakai kami anak beranak. Buat apa pura-pura di IG sedangkan semua dusta dan penuh dengan penganiayaan dan penindasan orang?”

Dia dalam pada itu berkata apa yang ditulis panjang lebar di hantarannya itu hanyalah sekadar selingan dan peringatan untuk dirinya serta mereka di luar sana.

Advertisement

Ujarnya lagi, tidak perlu untuk berpura-pura tambah-tambah di media sosial hanya untuk mendapatkan pujian dan pengiktirafan daripada masyarakat, sedangkan kisah sebenarnya hanya diri sendiri yang mengetahui.

“Kalau kalian rasa berguna manfaatkanlah..sama-sama kita perbaiki diri” pesan Ozlynn lagi untuk para peminat serta pengikut media sosialnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Smartbird

    March 25, 2021 at 7:17 pm

    Setuju sangat, manusia yg hidup dalam kepura-puraan tidak akan bahagia dan bakal menyusahkan keluarga/ teman/ orang awam bila kebenaran mula timbul pada diri sendiri.

Loading...
To Top