Biarlah Masa Menentukan – Bella Astillah Beri ‘Hint’ Sudah Berkahwin?

Hiburan

Biarlah Masa Menentukan – Bella Astillah Beri ‘Hint’ Sudah Berkahwin?

Sering kelihatan mesra dan meluangkan masa bersama, sehingga hari ini status ubungan penyanyi Bella Astillah bersama bekas suaminya Aliff Aziz masih menjadi tanda tanya. Timbul gosip mereka bakal rujuk semula tetapi kedua-dua belah pihak tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

bella astillah kahwin

Advertisement

Terbaru, Bella menerusi akaun Instagramnya memuat naik perkongsian yang seakan memberikan petunjuk bahawa dia sudah berkahwin. Eh, betul ke?

Memuat naik foto buah pisang dan avocado yang bersempena kempen kesedaran kanser payudara, setiap buah itu mempunyai maksud yang tersendiri. Untuk makluman, buah pisang  mewakili status seseorang itu sudah berkahwin dan avocado  sudah dimiliki.

bella astillah kahwin

Menjawab segala persoalan, Bella dilihat tidak menafikan atau mengaku bahawa dia telah kembali berkahwin.

Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan kami, saya hendak merahsiakan atau menipu tetapi biarlah biarlah masa yang menentukan. Doakan yang baik-baik. Terpulang kepada andaian masing-masing.

bella astillah kahwin

Terdahulu, Bella berkata  perpisahan antara dia dan Aliff banyak mengubah bekas suaminya menjadi orang yang lebih baik dan kini semakin matang. Malah, dia sendiri tidak pernah membenci lelaki itu.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016, namun bercerai pada 16 Mei tahun lalu.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...