Written by Bella | October 23rd, 2019

Biarpun sudah mempunyai cahaya mata bersama suami tercinta, Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda sehingga hari ini masih lagi menerima kecaman gara-gara kontroversi terdahulu,  dia masih terus dilabel sebagai sebagai perampas dan macam-macam lagi.

izreen azminda

Tidak mahu netizen terus berbalah, Izreen tetap dengan keputusannya untuk tidak membuka ruangan komen di Instagram.

Bukan saya takut dicemuh, cuma saya tidak suka melihat pengikut berbalah sesama mereka di laman sosial. Jika saya membuka ruangan komen itu, saya diibaratkan seperti menjadi pencetus pergaduhan. Saya tidak perlukan pendapat orang luar dalam kehidupan. Cukup suami dan keluarga ada di sisi ketika saya memerlukan mereka.

izreen azminda ude wahid

Apabila ramai yang memberikan pendapat, ia bukan menjadi lebih baik, sebaliknya menyemarakkan lagi api yang sedang membahang. Tidak perlu buat spekulasi mengenai kehidupan orang lain.

Izreen tidak menafikan segala kontroversi yang melanda hidupnya sejak dua tahun lalu adalah satu dugaan berat dihadapinya dan suami. Namun, kini dia enggan lagi tertekan dengan persepsi orang terhadap dirinya, biarlah jika mereka ingin terus menghukum.

Banyak perkara yang saya belajar selepas berdepan ujian dalam hidup. Dahulu, saya panas baran dan tidak boleh membiarkan orang lain memperlekeh diri. Tetapi kini, saya menjadi lebih sabar. Saya biarkan sahaja orang luar menghukum dan tidak lagi mempertahankan diri. Ujian itu juga sebenarnya membuka mata saya mengenai harga kejujuran dan persahabatan.

Izreen berkata meskipun hatinya pernah terguris dengan segala kata-kata cacian yang dilemparkan, dia bagaimanapun redha melaluinya. Malah, ada juga netizen tampil memohon maaf kepadanya.

Sumber Berita : BH ONLINE

13 responses to Biarlah Jika Mereka Masih Mahu Menghukum Saya – Izreen Azminda

  1. hihi says:

    mokcik pokcik bawang bangunnnn……cepat lh komen pokcok mokcik bawang mehh lah..

  2. OhAku! says:

    mmg smpi bila2 pon org takan suke kau

  3. Anonymous says:

    Kenapa keluar lagi cerita laki bini pemusnah masjid ini? Tak perlu sdh. Sdh berjaya dapat ude dayus tu cukuplah ada aaron extended sdh.

  4. Anonymous says:

    knapa laki dia kurus sgt…???

  5. Anonymous says:

    Mau bini baru tu

  6. Lala says:

    rindu bini lama

  7. Anonymous says:

    ujud lg dia ni.. ingat dh pupus dr industri seni

  8. Anonymous says:

    siapalah netizen yg konon mintak maap dgn kau tu? kau pulak tak teringin mintak maap ke dgn x-wife husband kau tu? ewww.. please! very xde job kan?

  9. pembenci jering says:

    hidup lg ke si tukang extend masjid ni??? yg kude tu nape serabai beno rupe nye????
    sampai bila2 pun org akan benci dgn kau wahai jering

  10. Anonymous says:

    Hari tu lakinya tukang roboh masjid ini tunjuk badan sado.
    Dah ada anak terus kurus. Jaga anak dari pagi ke malam dan jaga anak tiri ke? hantar dan ambil dari sekolah. Emaknya nak kurus mahu tanding ex madu yg dibuang laki. Anak2 masih kecil pun dibuang lakinya.pelihara anak tiri buat anak extended hasil dari masjid runtuh.
    Minta kesianlah ni nak job berlakun balik. Sorry ya boikot tetap berjalan.

  11. Elliza Razak says:

    PEREMPUAN JALANG INI LAGI

  12. Aaaaaaaaa says:

    Weii jering duk diam2 kt umah tu…nyah ko dr industry…menyemak je…

  13. 230946-H says:

    tgk muka ko pun menyampah, perosak umah tangga, moga intan juga temui lelaki sejati bukan loser

Tinggalkan Komen Anda Di Sini