“Biarlah Dia Nak Kahwin Berapa Kali Pun” – Perkahwinan Dipertikai, Netizen ‘Back-Up’ Anita Baharom

Hiburan

“Biarlah Dia Nak Kahwin Berapa Kali Pun” – Perkahwinan Dipertikai, Netizen ‘Back-Up’ Anita Baharom

Sedia maklum, pelakon Anita Baharom telah selamat mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Engku Isyamuddin Tuan Losin di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya pagi tadi.

Majlis tersebut dipenuhi dengan 100 tetamu yang dijemput terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Advertisement

Sekadar info, Anita sebelum ini pernah mengahwini penerbit televisyen, Mohd Ismadi Ismail sekitar tahun 2006, namun suaminya meninggal dunia pada Januari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Manakala, ini merupakan kali kelima suami baru pelakon tersebut mendirikan rumah tangga, selain mempunyai 8 orang anak hasil daripada perkahwinan dengan bekas-bekas isteri sebelum ini.

Susulan perkara ini, ramai juga yang mempertikaikan tindakan Anita mengahwini jejaka berkenaan dan ada juga berkata terlalu awal pelakon yang juga merupakan seorang ibu itu mencari pengganti arwah suami.

komen netizen

Dalam pada ramai yang mengecam, ada sesetengah netizen yang mempertahankan pelakon drama Dunia Baru itu dan merasakan ia adalah hak Anita untuk mengahwini orang lain seandainya sudah bersedia, malah suaminya itu juga merupakan jodoh yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Bahkan, netizen terbabit juga merasakan perkahwinan itu merupakan satu perkara yang baik, jadi tidak perlu untuk orang ramai terus-menerus menghakimi selebriti itu tanpa tahu tentang kehidupannya yang sebenar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

Digelar Pel*cur Dan Diminta Bun*h Diri, Fieqa ATNM2 Buat Laporan Polis Terhadap Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...