Abang Nara janji selepas ini Abang Nara takkan update lagi cerita mengenai Sharnaaz dan Shila. Cukuplah ini sebagai entri terakhir mengenai mereka. Abang Nara yakin anda pun sudah bosan dan mungkin tidak ambil pusing lagi terhadap mereka.
Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Sharnaaz memohon agar membenarkan dirinya untuk mencari ketenangan dan mengecapi kebahagiaan seperti orang lain. Kata Sharnaaz:-
Tolong biarkan saya mencari ketenangan dan hentikanlah segala kontroversi berkaitan. Seboleh-bolehnya benarkan saya tenang seketika dan mengecapi kebahagiaan seperti mana orang lain dapat. Saya cuma nak bahagia… dengan atau bukan bersama Shila. Saya tetap mahu bahagia. Saya mahukan ketenangan dan jangan dikaitkan lagi isu itu dengan saya.
Dalam perkembangan lain, Shila Amzah telah mengeluarkan lagu baru yang bertajuk “Masih Aku Cinta“. Lagu ini ditujukan khas buat Sharnaaz Ahmad. Bait-bait lirik yang ada di dalam lagu ini memang menusuk kalbu. Nampak gaya Shila macam Taylor Swift pulak. Putus cinta je keluar lagu baru.
Semoga ketenangan dan kebahagiaan akan dapat dikecapi oleh Sharnaaz dan Shila. Semoga karier mereka dalam industri hiburan akan terus maju walaupun dilanda kontroversi sehebat ini. Teruskan perjuangan anda. Good luck and all the best.