Biarkan Main Telefon Ketika Dicas, Bayi Maut Terkena Renjatan Elektrik Kabel Pengecas

Trending

Biarkan Main Telefon Ketika Dicas, Bayi Maut Terkena Renjatan Elektrik Kabel Pengecas

Gara-gara membiarkan bermain telefon yang sedang dicas oleh ibu bapanya berseorangan, seorang bayi perempuan maut terkena renjata elektirik, lapor DailyMail

Advertisement

Laporan berkenaan menyebut, beberapa keping gambar mangsa dalam keadaan melecur teruk tersebar di laman sosial di mana katanya gambar itu dimuat naik oleh seorang jururawat sebagai amaran kepada ibu bapa tentang bahaya mengecas telefon bimbit berhampiran kanak-kanak.

“Jangan tinggalkan bayi anda berhampiran alat pengecas tanpa sebarang pengawasan,” kata mereka.

Menurut ibu kanak-kanak malang itu, ketika kejadian berlaku dia tertidur berdekatan dengan mangsa yang ketika itu sedang asyik bermain telefon yang sedang dicas.

Beliau yang tidur tiba-tiba tersedar bila anaknya tidak bunyi bising seperti kebiasaannya, akhirnya apabila diperiksa, beliau ternampak anaknya itu dalam keadaan melecur tidak bernafas.

Panik dengan keadaan itu, wanita berkenaan  membalut anaknya dalam selimut sebelum bergegas ke hospital.

Apabila tiba di hospital doktor mengesahkan anaknya itu   meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. Berdasarkan kesan terbakar yang boleh dilihat dengan jelas di tangan dan lengan mangsa.

“Kanak-kanak perempuan itu bermain dengan kabel pengecas,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa.

“Rupa-rupanya dia letak kabel pengecas dalam mulut dan mengunyahnya,” katanya lagi.

Berdasarka laporan mengatakan mangsa bermain dan mengunyah kabel pengecas tersebut sehingga terkoyak balutan getah kabel berkenaan menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...