“Biarkan Macam Haiwan!” – Bapa Kecewa Bayi 10 Bulan Ada 8 Bekas Gigitan Lepas Balik Taska

Kehidupan

“Biarkan Macam Haiwan!” – Bapa Kecewa Bayi 10 Bulan Ada 8 Bekas Gigitan Lepas Balik Taska

Sejak banyak berita insiden yang berlaku kepada bayi yang dijaga di pusat jagaan taska, ramai ibu bapa ketika ini berasa berat hati untuk meninggalkan anak mereka di pusat asuhan kerana enggan apa-apa berlaku kepada mereka.

Tetapi disebabkan perlu mencari punca pendapatan, ibu bapa terpaksa mengosongkan minda mereka dari memikirkan hal-hal negatif dan membiarkan orang lain untuk menjaga anak mereka untuk sementara waktu.

Advertisement

Namun, baru-baru ini tular satu hantaran di Facebook luahan seorang bapa yang kecewa apabila mendapati tubuh anaknya dipenuhi dengan kesan gigitan.

bayi digigit

Melalui hantaran yang dibuat, bapa kepada bayi berusia 10 bulan itu berasa geram apabila melihat ada lapan kesan gigitan di bahagian pipi, tangan dan telinga, malah bukan itu saja, turut terdapat kesan jatuh di tubuhnya.

Tambahannya lagi, apabila mahu menerima anaknya di dalam taska terbabit, pihak mereka janji pelbagai perkara akan menjaga bayi terbabit dengan baik.

Lebih membuatkan bapa tersebut bertambah kecewa, semasa ingin lihat di kamera litar tertutup taska berkenaan, pihak mereka memaklumkan ia sudah rosak gara-gara tidak membayar Internet selama dua bulan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi nasihat kepada si bapa untuk membuat laporan polis dan dalam pada masa yang sama, turut berasa bimbang jika anak mereka menghadapi isu yang sama.

bayi digigit

 

Syamsul Yusof dah penat
2 years ago

"Saya Reda.." - Syamsul Yusof Akui Dah Letih Dan Penat Dengan Apa Yang Berlaku

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...