Pelakon Puteri Sarah Liyana telah mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas menantu Kazar Saisi, Wiwi Darvinda Mazwena Maslan selepas dikatakan bercakap buruk tentangnya.
Dalam pada itu, penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam berharap agar kes saman tersebut tidak berpanjangan dan menemui jalan penyelesaian terbaik.
Bapa Syamsul Yusof itu juga mengharapkan agar tiada lagi mana-mana pihak yang mengganggu ketenteraman Sarah dan anak-anaknya selepas ini.
Saya dengan Datin enggan komen, itu hak dia (saman). Moga ada jalan noktah supaya tiada mana-mana pihak mengganggu ketenteraman Sarah dan cucu kami.
Yusof turut meminta orang luar agar memberikan Sarah ruang untuk meneruskan kehidupannya dengan bahagia dan aman selepas perceraian tersebut.