Selepas Engku Emran dan Noor Nabila bergelar suami isteri baru-baru ini, ramai yang tertarik dan ingin mengetahui mengenai penerimaan Engku Aleesya terhadap keluarga barunya.
Sebelum ini, Erra Fazira ada berkongsi bahawa anak tunggalnya itu memang sudah lama teringin mempunyai adik sendiri dan dia ternyata gembira apabila bertemu dengan Jebat Jayden, iaitu anak hasil perkahwinan Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad, menurut laporan mStar..
“11 tahun dia seorang, jadi memang dia agak kekok sedikit tapi saya harap dia jadi kakak yang baik sebab impiannya nak jadi kakak dah tercapai. Di bibirnya, dia selalu bercerita tentang kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu smart boy, memang dia sayang sangatlah pada Jayden.”
Apabila Erra ditanya sekiranya dia ada memasang niat untuk bergelar isteri sekiranya bertemu dengan pasangan yang sesuai, pelakon wanita itu tidak menolak sekiranya ia berlaku.
View this post on Instagram
Walaubagaimanapun, dia hanya akan melakukannya jika Engku Aleesya merestui perhubungan tersebut.
“Saya okey sahaja kalau anak okey tapi kalau ada jodoh, adalah nanti. Saya pernah usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu (kahwin). Saya harap dia cuma bergurau sahajalah cakap begitu (tertawa).”
Insha-Allah ada jodoh buat Erra nanti.