Biar Tak Pulang Beraya Asal Hati Tak Berduka Lara. Jom Tonton 20 Video Raya Pilihan Tahun Ini

Kehidupan

Biar Tak Pulang Beraya Asal Hati Tak Berduka Lara. Jom Tonton 20 Video Raya Pilihan Tahun Ini

Tak rayalah kalau takde iklan. Tapi lagi sedih tak dapat pulang ke kampung halaman.

Walaupun dah dua tahun tak dapat pulang ke kampung atau beraya bersama keluarga, anggaplah ini pengorbanan kita demi masa depan.

Advertisement

Sambil layan hati yang duka lara, min nak share iklan raya terbaik tahun ini bagi mengubat rasa rindu di hati.

Gamuda Land Salam Eid-Moji terap sikap prihatin & angkat masalah sosial masyarakat

Tahun ini Gamuda Land menampilkan Jasmine Suraya dalam Salam Eid-Moji, yang mengisahkan usaha seorang wanita membantu anak jirannya, Amin yang hilang keyakinan akibat dibuli.

Melalui jendela mereka berinteraksi menggunakan emoji, sehinggalah Amin mengetahui jiranya itu merupakan…. Nak tau siapa sebenarnya Jasmine dalam video raya ni, korang kenalah tengok sampai habis.

Imbau kemeriahan sambutan Aidilfitri & raikan perbezaan dalam raya paling ikonik Watsons

Kemeriahan video raya Watsons tahun ini diserikan dengan barisan artis terkenal tanah air seperti Ayda Jebat, Amy Search, Chef Wan, Dolla & Loca B.

Suasana hari raya yang dibawakan mengimbau kembali saat ahli keluarga berkumpul dengan bermacam gaya dan ragam sesuai dengan temanya Raya Unik Raya Ikonik.

Misi penuh aksi Continental bersama Fawwaz tak berapa furious menghantar kuah kacang

Continental membawakan Fawwaz dalam misinya menghantar kuah kacang sebelum waktu berbuka.

Bawa kereta punyalah macho tapi penuh soft toys pula dalam kereta. Nampak sangat dalam hati ada taman.

Inspirasi kisah benar pengorbanan keluarga frontliners daripada SAJI. Sedih weyh!

Iklan raya paling sedih tahun 2021 milik SAJI, diinspirasikan daripada kisah sebenar seorang isteri petugas barisan hadapan yang cuba mengisi kerinduan terhadap suaminya dengan menghantar makanan. Siapa tak menangis tengok iklan ni memang hebat.

Barisan pelakon yang mantap seperti Fatimah Abu Bakar, Bront Palarae dan Sarah Ali menambah jiwa dalam iklan raya ni. Bront walaupun ada 2 line je tetap berikan impak yang mantap. Terbaiklah!

Sunway bawakan kisah juang petugas barisan hadapan melawan pandemik

Sedang ramai merungut tidak dapat pulang ke kampung kerana peningkatan kes pandemik.

Sunway membawakan pengorbanan petugas barisan hadapan, Suraya yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi tanggungjawab menjaga kesihatan dan kebajikan masyarakat dalam Misi Seiring Bersama.

Walau bertikam lidah, jangan putuskan hubungan silaturahim. LG taut kembali hubungan kasih seorang ayah dan anak

Terasa hati dan tidak bersependapat merupakan perkara biasa dalam sebuah keluarga.

Sikap si ayah yang menentang keras pemergiaan anak tersayang bekerja jauh daripada keluarga sehingga timbul salah faham. Namun jauh di sudut hati, dia sentiasa menanti kepulangan anaknya itu. Saksinya video penuh LG ini dalam ‘Tak Apa, Biar Ayah Buat’.

Pandemik kesusahan yang membawa seribu erti, dalam Hikmah Raya Aida

Ingat Aida lagi yang menghadapi dugaan nak pulang ke kampung 4 tahun lepas? Tahun ni Tenaga Nasional membawa kembali kesinambungan kisah Aida yang berjaya menjadi usahawan kuih raya.

Namun begitu, kejayaannya menyebabkan dia semakin jauh daripada ahli keluarga walaupun tinggal serumah. Saksikan bagaimana pandemik merapatkan kembali jurang yang terbina dalam Hikmah Raya Aida.

Ikhlas dalam memberi, ganjaran besar menanti bersama Kawan Food

Pernah tak bila korang nak bersedekah tiba-tiba terdetik, kenapa nak tolong orang lain sedangkan korang pun bukan orang senang?

Kawan Food membawa siri tentang kisah kebaikan yang sering disalah erti. Dalam episod Besarnya Kuasa Sedekah korang boleh tonton bagaimana sedekah menjadi asbab dibukakan pintu rezeki. Ingat kalau rajin bersedekah korang takkan jatuh miskin tau.

Nak beraya secara normal tapi masih sangsi dengan perubatan moden. Simple mesej Celcom tapi kena dengan masyarakat sekarang

Disaat masih ramai yang merangui dan was-was untuk mendapatkan suntikan vaksin, Celcom membawakan Hasrat Raya Tok, tentang seorang nenek yang ingin merasai pengalaman kemeriahan berhari raya seperti suatu ketika dahulu.

Tapi malangnya hasratnya untuk mendapatkan suntikan vaksin telah dimomokkan oleh keraguan keluarganya sendiri. Hmm…. Kesiannya.

ATLAS Vending ajak berehat sebentar daripada kesibukan kerja Syawal ini dengan Magic Pantry

Kadang-kala perasaan ego dan angkuh membuatkan perkataan maaf itu sukar diungkapkan.

Ikuti bagaimana Magic Pantry membantu seorang boss yang tidak memikirkan pekerjanya merefleksi diri dan melakukan perkara yang tidak disangka.

Banyakkan bersabar, tabahkan hati. Rindunya masakan & nasihat mak. Hmm TYJ ni, raya pun nak buat orang touching

Sesibuk mana pun kita dengan urusan kerja, jangan sama sekali pernah melupakan ibu bapa kita yang tinggal berjauhan.

Syarikat pengeluar makanan terkemuka Tee Yih Jia (TYJ), membawakan kisah Amir yang kerja dan tinggal berjauhan daripada ibunya. Kesibukan kerja telah menyebabkan dia mengingkari janji untuk pulang melawat ibunya yang menanti penuh pengharapan.

Terlalu berburuk sangka hingga tidak sedar kita hidup dalam Andaian

Digi mempersembahkan Andaian, lakonan mantap Namron dan Sharifah Amani sebagai pasangan ayah dan anak.

Aliyah yang menyangka abahnya lebih mementingkan orang lain berbanding dirinya, mula membuat andaian tanpa mengetahui sebab disebalik semua itu. Saksikan kesudahan video raya ini yang pasti memberi pengajaran berguna kepada kita semua.

Semua benda nak mudah, hingga tradisi pun semakin dilupakan

Baru suruh tolong buat rendang raya, Yusof dah buat macam-macam perangai, ada ke suruh ayah dia order rendang daripada online je.

Iklan raya S P Setia, Tradisi di Hati, Setia di Sisi, tahun ni memberi pengajaran walau semudah mana kehidupan pada masa kini dengan teknologi, namun jangan pernah sesekali kita melupakan tradisi yang diwarisi.

Tak boleh balik raya? Ayuh nyanyi lagu raya bersama-sama dengan Hong Leong Bank

Suara-Suara Kita atau kami bolehkan katakan Satu Hari Di Hari Raya nyanyian M.Nasir versi PKP 3.0. Syok nak nyanyi sekali.

Berjauhan bukan alasan untuk melupakan atau memberi kejutan dengan MOG Eyewear

Tiada ibu bapa yang ingin membebankan anak-anak dengan memberitahu kepayahan mereka.

Jadi sebagai anak pastikan korang sentiasa peka dengan masalah yang menjadi halangan dalam kehidupan seharian mereka. Tak dapat balik, jangan lupa call mereka tanya khabar.

Perumpaan hidup seperti masakan penuh rasa suka dan duka bersama EcoWorld

Apabila ramai yang tidak dapat pulang ke kampung bersama yang tersayang, EcoWorld mengajak kita sama-sama menghargai setiap detik indah bersama keluarga.

Seperti kisah jururawat ini, momen bersama ibu memasak dan menghias rumah bersama ayah menjadi memori berharga yang dekat di hati.

Daia Raya Kita Pahala Bersama, pupuk semangat membantu mereka yang kurang bernasib baik

Di saat kita gembira pasti ada yang sedang berduka, dengan membuat kebaikan baru kita dapat mengajar kita erti bersyukut dengan apa yang dimiliki.

Daia bawakan sifat tipikal para ibu yang mahu segalanya dicuci sebelum berhari raya, namun pada masa yang sama tidak lupa berkongsi kasih sayang pada mereka yang memerlukan.

Captain Ramlee & Mama Loma datang serbu rumah anak menantu dalam DAIKIN. Cuaknya!

Apa korang buat kalau mak ayah tiba-tiba bagitau nak datang rumah. Tapi bila mereka request nak rumah SE-LE-SA, mampukah anak dan menantu tunaikan?

Lihat bagaimana DAIKIN menyelesaikan masalah keluarga ni dengan mudah. Captain dan Mama siap imbau kenagan dengan menari Hindustan tau.

Modenas bawakan hati ibu yang tersakiti dalam Rajuk Mak

Kesedihan mak yang terasa hati apabila anak melebihkan kerja berbanding keluarga. (Maaf mak kami tak balik sebab PKP).

Tapi plot twist mak dia memang win. Nasib baik mak, macam mana pun tetap sayang.

Ini Iklan Raya, Tau!

Sebab iklan raya, korang kenalah tengok sendiri video raya daripada Julie’s Biscuits ni.

Kami nak bagitau video yang kami share ni hanyalah antara iklan raya hebat yang dihasilkan tahun ni. Tapi kalau korang rasa ada yang lagi best boleh share di ruangan komen.

Min harap video-video raya ni dapat menghiburkan hati korang yang berduka lara tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Kami dari team AmazingNara ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Ingat semua kita belum menang, patuhi SOP dan amalkan penjarakkan sosial. Semoga kita dapat merasai kembali kemeriahan beraya satu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...