“Biar Tak Ada Rupa, Asal Ada Adab” – Rita Rudaini Tuju Pada Siapa?

Hiburan

“Biar Tak Ada Rupa, Asal Ada Adab” – Rita Rudaini Tuju Pada Siapa?

Baru-baru ini, pelakon, Rita Rudaini telah membuat satu hantaran di Instagram Storynya dengan memberi teguran terhadap seorang individu mengenai adab.

Biar tak ada rupa, asal ada adab.

ig story rita rudaini

Menerusi hantaran lain, pelakon itu dilihat mempersoal tindakan individu tersebut kerana dikatakan telah memadam konten video berkenaan.

Dia juga dilihat seolah-olah menyindir individu tersebut untuk terus melakukan konten sebanyak mungkin bagi tujuan menghiburkan diri sendiri.

Kenapa delete video konten tu. Delete buat apa. Buat la banyak-banyak lagi. Hiburkan diri sendiri.

 

Biar ilmu tak setinggi gunung, asal adab tak serendah tapak kaki.

Advertisement

ig story rita rudaini

Sebelum ini, seorang pempengaruh media sosial, Imran Bard mencetuskan rasa kurang senang seorang pelakon veteran, Ellie Suriaty selepas memuatnaik satu konten yang dianggap telah mencemarkan namanya.

Dalam konten video berkenaan, Imran menjadi seorang juri dalam sebuah program nyanyian serta memetik nama Ellie yang didakwa mengambil bahan terlarang.

rita rudaini

Susulan itu, Rita Rudaini tampil bersuara mempertahankan Ellie dengan merasakan tidak memerlukan publisiti murahan seperti didakwa ramai kerana dirinya sudah mencipta nama dalam industri seni.

Dia turut merasakan cara permohonan maaf yang dilakukan oleh Imran sama sekali tidak beradab.

Rita rudaini imran bard
2 days ago

“Cara Minta Maaf Pun Tak Ada Adab, Tak Payah Rasa Diri Tu Hebat” - Rita Rudaini ‘Sound’ Imran Bard

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...