Pelakon popular, Nabila Huda terima baik dengan keputusan pihak kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 baru-baru ini.
Menurut anak kepada penyanyi legenda, Amy Search tersebut, PKP ini sepatutnya dilakukan lebih awal lagi berbanding mengenakan PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Pemulihan (PKPP).
Nabila Huda turut mengatakan dia seringkali berasa keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) yang selalu ditukar setiap minggu.
View this post on Instagram
Pelakon drama Ariana Rose itu memberi pendapatnya di dalam sebuah posting di Instagram radio Era yang melaporkan pengumuman PKP 3.0 dan hampir 5000 tanda suka pada komen Nabila tersebut.
Biar semua susah sama-sama, kita go through sama-sama, duduk rumah diam-diam.
Tambahannya lagi, pelaksanaan PKP 3.0 ini dapat memudahkan rakyat untuk memahami tujuan utama iaitu memutuskan rataian COVID-19 yang sudah semakin teruk di dalam Malaysia dengan menutup semua sektor dan hanya duduk di rumah.