Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Biar Saya Selesaikan Dulu Rumah Tangga Saya” – Nubhan Tampil Bersuara Isu Berkasar Dengan Isteri

Tular di laman sosial apabila aksi Nubhan menjerit sambil mencengkam kepala isterinya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

 

nubhan

Advertisement

Nubhan kini seakan menyeru agar semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah rumah tangga bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Tawfek terlebih dahulu.

Menurutnya beliau perlukan ruang untuk bertenang buat seketika waktu.

“Aduh pasal video tu biarlah dulu. Saya pun taktau nak cakap macam mana. Saya rasa biarlah saya selesaikan dulu rumah tangga saya. Bagi bertenang dulu.”

Sebelum ini, viral sebuah rakaman video Nubhan dan isteri sedang bertengkar mengenai kereta hilang di kawasan khalayak ramai.

nubhan

Advertisement

“Sekarang ini kan kereta tau, kereta hilang. Saya dah takda duit nak beli kereta. Faham tak?”

Biarpun video tersebut telah dikecam teruk oleh netizen kerana merasakan tindakan berkasar dengan wanita tidak sepatutnya terjadi. Namun, wujud juga segelintir pihak yang beranggapan itu semua sekadar lakonan.

Untuk rekod, dan isterinya, Dr. Afifah telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Izrin

    July 18, 2020 at 12:34 pm

    Eleh..nampak sgt berlakon..tgh bergaduh tiba2 tetiba ada plk org rakam…dkt plk tu,dlm kereta sebelah kejadian..takkanlah drg nak gaduh selamba dpn org..pikir logiklah…ni mesti tak muzik video nak kluarkan produk..tau sgt dah artis2 ni…tengoklah nnt…,???

    • Izrin

      July 18, 2020 at 12:38 pm

      Muka wife dia pun mcm sesuatu je…cuba tgk masa dia pandang tepi tu..lps tu kata kereta hilang,tp yg mcm carik2 benda atas tanah tu dh knp…???

  2. Anonymous

    July 18, 2020 at 10:12 am

    Bergaduh suami istri tu normalla…sape yg viralkn video ni….anda berdosa

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top