Anak adalah amanah Allah yang terindah dan tidak ternilai untuk ibu dan bapa di mana anak merupakan satu kurniaan yang besar dari Maha Pencipta, jadi janganlah sesekali mengsia-siakan amanah dan kurniaan ini.
Anak dari kecil dididik,diasuh dan dibelai, tetapi bila dia mula membesar jangan dilupa untuk dibentuk supaya menjadi insan yang berguna seumpama sehelai kain putih yang harus kita corakkan.
Menitipkan sebuah kisah sebagai pengajaran berguna, figura terkenal, Saiful Nang melalui laman facebooknya berkongsikan kisah tauladan yang amat berguna ini.
Jom kita baca catatan travelog yang mempu memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana dan iktibar yang berguna.
CARA PENDIDIKAN ANAK YANG KETINGGALAN ZAMAN TAPI SEMUA IBU BAPA PATUT BUAT – SAIFUL NANG
Semalam saya makan di sebuah kedai berhampiran ofis. Saya jarang makan diluar tetapi jika taqwim harian terganggu dari kebiasaan, maka itu akan jadi pilihan untuk makan di luar.
Bersebelahan saya ada sekeluarga bersama 2 anak. Seorang peremuan seorang lelaki. Yang sulong saya anggarkan berumur dalam 7 atau 8 tahun dan yang adiknya masih kecil.
Mereka makan hanya bersebelahan meja sahaja. Selepas anak lelaki yang sulong itu selesai makan maka dia mula bermain.
Ini bukan main mainan biasa, ini main sembur-sembur air liur sambil buat effect kapal terbang kejar mengejar dan tembak menembak berlaku dan bila meletup dia guna effect air liur berhamburan keluar.
Kali pertama saya sabar lagi sekadar lap sahaja lengan saya dengan tisu. Saya jeling mak ayah dia perasan saya mengelap air liur yang dihamburkan oleh anaknya.
Namun dengan bahagianya mereka teruskan makan tanpa menegur anak mereka. Saya pun dengan extra sikit mengelap lebih lama sikit mungkin lah mereka ni tak faham lagi.
Setelah confirm mereka tak faham, maka saya beralih sedikit di meja yang sama tetapi di sudut lain yang menjauhi keluarga dan anak lelakinya itu.
Namun, jarak penerbangan mainan budak ini rupanya masuk ke kawasan saya melarikan diri juga. Nak juga dia tembak menembak dan ntah apa nasib saya, kapal terbang budak ni akan meletup juga dekat dengan saya. Sekali lagi air liur berhamburan dan saya mula bersuara dengan baik…
“Adikk…masuk makanan abanglah air liur buat macam tu”.
Tak semena-mena pasangan bahagia konon itu menoleh ke arah saya dengan muka ketat. Anaknya masih bebas terbang dengan jet-jet pejuangnya. Dah tiba-tiba saya pulak yang kena jegil oleh mak ayahnya.
Hati saya menyirap dan lebih sirap dari air sirap yang mereka sedang hirup.
Saya tekadkan dalam hati “Saiful…jangan cari gaduh”.
Ok, lalu saya lemparkan senyuman kepada mereka berdua.
Punya kekwat…aku dah senyum dia masih lagi stare macam aku pulak yang tembak pesawat anak dia tu.
Apa terjadi selepas itu sudah tidak penting. Tetapi saya nak cerita sikit cara orang sekarang mendidik anak dengan orang dahulu. Saya ni kolot sikit didik anak tak macam orang generasi terkini.
Ayah saya dulu (Wak Nang) sekarang ni memang nampak macam kawan baik jer kan? Memang nampak kamcing kan? Tahu tak korang, dulu Wak Nang punya misai macam Wak Doyok terpacak tau.
Dalam sejarah, ayah jarang rotan anak dia tapi tidak saya kata tak pernah. Tapi dari kecil kami diajar RETI BAHASA.
Pergi bertandang rumah orang, kemudian tuan rumah hidang sahaja makanan dalam talam terus kita nak menyambar kuih terus kena YELLOW CARD. Macam mana cara Yellow card? Bunyinya ringkas sahaja…
“Ehemmmmm…..” (berdehem Wak Haji Nang sambil mata menjeling tajam)
Saya terus jadi kecik dan terus duduk dengan baik menunggu arahan seterusnya. Kena tunggu orang paling tua sekali menjamah makanan barulah yang lain ikut.
Ini tidak, bukan sekadar main cekuh jer makanan tu tapi siap kejar mengejar jet lagi dan buat letupan air liur memang bukan sekadar berdehem yang dapat…kalau standard Wak Nang itu memang dah kena pelempang Jawa pergi balik dah.
Prinsip Wak Nang masa itu lebih kurang begini
“biar aku cubit dan rotan anak aku depan tetamu atau tuan rumah daripada orang ingat aku tak didik anak aku”
Itu orang dulu. Yellow card berdehem tu korang jangan ingat boleh forgive and forget bro…balik rumah ada hidangan “roti panjang”.
Ini pantun orang lama. Agak-agak berdehem pun tak faham masuk kali kedua akan keluar verbal reminder yang agak lembut juga tapi sebenarnya SANGAT KERAS…seperti berikut bunyinya…
“Angahhhh…duduk sini, balik nanti ayah bagi roti panjang”
DEMM!!
ketika ini memang wajib kecut punya. Memang nakal macammana, terjal macammana sekalipun akan terus landing dan bersila duduk diam. Tapi itu orang-orang dulu lah.
Dalam pendidikan anak-anak saya juga, saya terapkan benda yang sama. Anak saya faham bahasa berdehem.
Mereka faham intonasi suara saya marah atau suka.
Hatta, saya jeling sahaja mereka tahu apa maksudnya.
Bila mengenang balik kisah budak main air liur di tempat makanan saya tu, hati saya meruap dan rasa
KENAPALAH BAPAK DIA TUNGGUL SANGAT??? KENAPA MAK DIA TAK AJAR ANAK DIA ADAB?? DAH BESAR DAH TU ANAK KAU DAH TAHU TENGOK PORNO pun.
Orked, Seri, Lela dan Wafa bertuah kerana bukan sekadar saya sahaja tetapi bila bercampur dengan anak-anak Warga Prihatin kami di sana juga praktikkan cara pendidikan KUNO ini.
Yang kiranya orang zaman sekarang rasa itu cara lama yang ketinggalan zaman.
Sporting sangat mak bapak sekarang sampai anak umur 8 tahun kena romen dengan abang umur 10 tahun pun steady lagi….alaaaa budak-budak tahu apaaa.
Bila dah mengandung, baru menyalahkan takdir “Ya Allah kenapa aku ditakdirkan menerima ujian ini?”
BULLSHIT.
Itu bukan ujian yang Allah sengaja bagi. Tapi itu BALA yang engkau sendiri tempah.
Saya tak mahu cerita banyak apa yang terjadi dengan pasangan bahagia itu di restoran itu.
Tetapi anda tahulah saya ni panas sikit hati bila jumpa orang-orang tak sensibel macam ni.
Saya meninggalkan restoran itu dalam keadaan sebuah kerusi jatuh dan sempat saya“letupkan” 2 jet anak lelaki mereka itu di atas makanan mereka.
Saya dapat sabar dengan perangai budak tapi hilang sabar dengan perangai orang tua yang macam tak ada akal dah. Barulah pasangan bahagia ini nak minta maaf.
Dan saya katakan “Makan lah makanan ni…takde apapun, tadi lagilah 2 kali kapal terbang meletup atas makanan saya”.
Sebelum hantar anak umur 3-4 tahun korang belajar matematik tambahan, baiklah korang didik dengan ADAB dahulu. Senang bawa diri bila besar.
Yang orang sanjung ialah ketinggian budi pekerti dan adab sopan.
Hantar tusyen anak belajar matematik awal-awal nanti CGPA tinggi-tinggi tapi kena maki juga kerana ADAB TU OUT!!
Sekian