“Biar Polis Handle G*ngster Garing Ni” – Dewi Dakwa Cik Epal Cederakan Dirinya, Campak Barang Rumah

Trending

“Biar Polis Handle G*ngster Garing Ni” – Dewi Dakwa Cik Epal Cederakan Dirinya, Campak Barang Rumah

Emira Delyati Dewi, isteri kepada usahawan dan pempengaruh Jofliam, akhirnya bersuara selepas didakwa mengasari bekas isteri suaminya, Cik Epal.

Dalam satu hantaran di Instagram, Dewi berkongsi kronologi sebenar insiden yang menyebabkan pergelutan antara dirinya dan Cik Epal, atau nama penuhnya, Nur Munirah Mahmood.

Advertisement

Namun, menurut Dewi, Cik Epal melanggar persetujuan yang ditetapkan apabila menaiki tingkat satu rumahnya bersama Jofliam, sedangkan beliau hanya dibenarkan berada di tingkat bawah sahaja.

Sebaik Munirah berlari ke level 1, saya mengejar Munirah untuk mengingatkan dia, Munirah telah melempar dekorasi rumah di tangga dan menjerit.

Saya cuba menghalang, sebaliknya Munirah bertindak dengan menggunakan kekerasan terhadap saya. Tindakan saya selepas itu adalah untuk mempertahankan diri.

Dewi turut mendakwa dia mengalami kecederaan termasuk luka dan calar di muka serta hidung akibat ditarik rambut dan dicakar oleh pempengaruh itu.

dewi cik epal

Video yang di post oleh Munirah adalah video selepas pertelingkahan dan melanggar perjanjian dengan membuat rakaman.

Aurat saya didedahkan, kerana itu saya menutup pintu atas dua point ini.

Difahamkan, Dewi telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menyerahkan urusan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Terdahulu, Cik Epal mendakwa dirinya dikasari oleh Dewi ketika mengambil barang-barang peribadinya di kediaman bekas suaminya, Jofliam.

Sebagai rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Han dan Yuki. Jofliam dan Dewi telah melangsungkan perkahwinan pada 5 April lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Individu Berpangkat Datuk Gagal Bayar Sewa 8 Bulan, Tuan Rumah Sampai Terpaksa Jual Emas Bayar Loan RM10K Sebulan
19 hours ago

Individu Berpangkat Datuk Gagal Bayar Sewa 8 Bulan, Tuan Rumah Sampai Terpaksa Jual Emas Bayar 'Loan' RM10K Sebulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...