“Biar Netizen Nilai Sendiri..” Bertatu Di Bahagian Dada, Baby Shima Enggan Ulas

Hiburan

“Biar Netizen Nilai Sendiri..” Bertatu Di Bahagian Dada, Baby Shima Enggan Ulas

Gara-gara tindakannya memuat naik foto lukisan berupa tatu di bahagian dada, penyanyi Baby Shima sekali lagi mengundang kecaman netizen di media sosial Instagram.

Baby Shima
4 bulan lalu

"Apa Guna Solat Tapi Tayang Body.." Netizen Hentam Baby Shima Di Instagram

Advertisement

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli yang dihubungi media baru-baru ini berkata dia enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya mahu membiarkan netizen menilai sendiri.

Penyanyi berusia 29 tahun ini dalam pada itu menjelaskan bahawa apa sahaja perkongsiannya tetap akan dikritik netizen meskipun ia perkara yang baik untuk dikongsi kepada umum.

Advertisement

Biarlah netizen yang menilaikan sendiri. Sebab saya ni bercakap baik pun tetap tak diterima netizen. Jadi saya baut apa yang saya suka. Yang penting tak kacau orang sudah. Sekarang ini kalau kita post atau buat kandungan apa saja netizen akan kritik atau hentam. Ada saja yang tidak kena di mata mereka.

Berikutan foto yang dimuat naik Shima di Instagramnya itu, ramai netizen telah tampil dan ingin mengetahui lukisan tatu di dada penyanyi lagu berjudul Roadblock Hatiku itu palsu ataupun sebaliknya.

Shima kemudiannya sempat menasihati netizen agar berhenti mengikutinya di media sosial supaya tidak menambahkan dosa.

Katanya lagi, jika tak mahu menambah dosa, tidak perlu mempunyai media sosial dan fokus sahaja pada amal ibadah.

“Bagi saya, apa kita nak buat, buat saja la. Yang penting kita tak kacau kehidupan orang lain dan kalau rasa berdosa, jangan tengok.” katanya mengakhiri perbualan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. Baby

    November 20, 2021 at 3:54 am

    Dik, kau jangan la mengundang netizen untuk kecam kau dik. Kau tahu2 lah netizen. Bila netizen tanya pasal “tatu” kau, kau cakap “biarlah netizen menilai sendiri”. Kau tak beri penjelasan so netizen pun suka hati lah menilai kau. Bila netizen menilai, kau merentan sampai depression. Kau sendiri yang mengundang tak gitu dik?

  2. Anonymous

    October 22, 2021 at 8:51 am

    Dah tak famous tu yg buat camtu. Nak cari perhatian je.

  3. ciksom

    October 18, 2021 at 2:59 pm

    bodohnya dia ni

  4. ?

    October 18, 2021 at 1:20 pm

    ko x famous mna, xde sapa kisah! bodoh

  5. Anonymous

    October 18, 2021 at 7:05 am

    hang tempek p laa apa pun.. xada sapa nak kesah aai..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...