“Biar Netizen Nilai Sendiri..” Bertatu Di Bahagian Dada, Baby Shima Enggan Ulas

Hiburan

“Biar Netizen Nilai Sendiri..” Bertatu Di Bahagian Dada, Baby Shima Enggan Ulas

Gara-gara tindakannya memuat naik foto lukisan berupa tatu di bahagian dada, penyanyi Baby Shima sekali lagi mengundang kecaman netizen di media sosial Instagram.

Baby Shima
3 years ago

"Apa Guna Solat Tapi Tayang Body.." Netizen Hentam Baby Shima Di Instagram

Advertisement

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli yang dihubungi media baru-baru ini berkata dia enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya mahu membiarkan netizen menilai sendiri.

Penyanyi berusia 29 tahun ini dalam pada itu menjelaskan bahawa apa sahaja perkongsiannya tetap akan dikritik netizen meskipun ia perkara yang baik untuk dikongsi kepada umum.

Biarlah netizen yang menilaikan sendiri. Sebab saya ni bercakap baik pun tetap tak diterima netizen. Jadi saya baut apa yang saya suka. Yang penting tak kacau orang sudah. Sekarang ini kalau kita post atau buat kandungan apa saja netizen akan kritik atau hentam. Ada saja yang tidak kena di mata mereka.

Berikutan foto yang dimuat naik Shima di Instagramnya itu, ramai netizen telah tampil dan ingin mengetahui lukisan tatu di dada penyanyi lagu berjudul Roadblock Hatiku itu palsu ataupun sebaliknya.

Shima kemudiannya sempat menasihati netizen agar berhenti mengikutinya di media sosial supaya tidak menambahkan dosa.

Katanya lagi, jika tak mahu menambah dosa, tidak perlu mempunyai media sosial dan fokus sahaja pada amal ibadah.

“Bagi saya, apa kita nak buat, buat saja la. Yang penting kita tak kacau kehidupan orang lain dan kalau rasa berdosa, jangan tengok.” katanya mengakhiri perbualan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...