Hingga ke hari ini kemelut antara balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah dan bekas adik ipar, Ali Puteh biarpun sudah beberapa tahun kes berlaku.
Cerita kronologi kes dengan Hidayah
Terbaru, di TikTok Ali, dia ada berkongsikan kronologi ‘sebenar’ mengenai kes tidak melangsaikan hutang seperti didakwa bekas kakak iparnya itu.
Pertahankan diri daripada dikecam
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen meninggalkan kecaman buat Ali tetapi pelawak tersebut sama sekali tidak mendiamkan diri dan pilih untuk pertahankan diri sendiri.
Dedah perangai sebenar Hidayah?
Bukan itu saja, malah sewaktu bertubi-tubi menerima kecaman, Ali dengan tenang merasakan dirinya tidak bersalah dan meminta netizen bertanya sendiri kepada Hidayah yang selama ini dianggap berlakon ‘baik’ saja.
Dalam pada masa yang sama, dia turut menafikan bahawa dirinya bersikap tamak sehingga menyebabkan kes yang berlaku bertambah besar dan tidak selesai hingga ke hari ini.