Selepas tular hantaran pelakon terkenal Nabila Huda di Twitter, ramai yang masih tertanya-tanya siapa gerangan yang ditempelak oleh aktres tersebut.
Biarlah jadi tanda tanya
Namun, menurut Nabila Huda, dia enggan untuk mendedahkan identiti individu tersebut dan memilih untuk merahsiakannya. Katanya, yang penting adalah tuan badan sedar hantaran itu ditujukan kepadanya.
Biarlah apa yang berlaku kekal menjadi tanda tanya. Yang penting ‘dia’ tahu siapa dirinya.
View this post on Instagram
Tiada ulasan lanjut
Bukan itu sahaja, pelakon filem Rahsia ini juga enggan untuk mengulas lanjut tentang perkara itu. Dirinya tidak mahu melibatkan pihak lain dan hanya mahu urusan tersebut diselesaikan di antara mereka berdua sahaja.
Minta maaf, saya tidak boleh komen atau mengulas lebih lanjut.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Nabila Huda menyatakan rasa tidak puas hati dengan sikap seorang individu yang dianggap suka memporak-perandakan keadaan namun pandai berlakon seperti mangsa keadaan.