Biar Betul ?? Hantu Kak Limah Menyerang Sogo

Hiburan

Biar Betul ?? Hantu Kak Limah Menyerang Sogo

Satu pagi Ahad yang hening, tengh syok-syok Abang Nara tidur, tiba-tiba telefon Abang Nara berdering dengan ringtone lagu Maher Zain. Kelam kabut terdengar suara kawan Abang Nara berkata begini:-

Woi Nara. Baik kau bangun sekarang. Ada Hantu Kak Limah kat Sogo sekarang. Seram gila wei. Datang Sogo skang gak!!!

“Biar betul”, kata hati Abang Nara. Tanpa menggosok gigi, sepantas kilat Abang Nara memecut menggunakan Myvi Turbo. Selepas 20 minit 20 saat, Abang Nara tiba di Sogo.

biar betul

Terus Abang Nara masuk ke dalam Sogo untu mencari Hantu Kak Limah yang dikatakan menyerang rakyat-rakyat Malaysia di situ. Cari punya cari tapi tiada Abang Nara berjumpa dengan hantu-hantu tersebut. Rupa-rupanya hantu-hantu tersebut sedang bermaharajalela di luar Sogo.  Seram sejuk Abang Nara melihat 4 ekor hantu di kala siang hari berkeliaran di Sogo.

biar betul

Tak seram sangat kata korang? Mungkin gambar “close up” salah seekor hantu ini mampu menggentarkan hati anda. Serious seram.

biar betul

Seram kan? Selain daripada Hantu Kak Limah, hantu Pocong pun ada. Dan hantu pocong ini sentiasa melompat-lompat cuba membuat onar di Sogo. Sungguh jahat hantu pocong ini.

biar betul

Tetapi mungkin kerana lambakan filem hantu di pawagam Malaysia waktu ini, kesemua rakyat Malaysia yang berada di situ tidak ketakutan langsung. Semuanya nampak teruja dan happy melihat 4 ekor hantu ini. Siap bergambar dengan muka keriangan lagi. Apa kejadahnya kan? Abang Nara sempat snap beberapa gambar kegembiraan mereka-mereka ini.

biar betul

(awek comel rilek ajer dihimpit 2 ekor hantu Kak Limah)

biar betul(2 budak kecik yang berjiwa kental dihimpit 3 ekor hantu)

biar betul(one happy family bergambar riang bersama hantu-hantu)

Bangga Abang Nara dibuatnya. Manusia sekarang sudah tidak takut dengan hantu. Siap boleh posing bergambar lagi. Kagum dibuatnya dengan kekentalan jiwa rakyat Malaysia. Akhirnya Abang Nara pun memberanikan diri dan bercakap dengan salah seekor hantu ini. Video tersebut berjaya dirakam sebelum Abang Nara dicekik oleh hantu ini.

Tengah sakit dicekik oleh hantu tersebut, tiba-tiba telefon Abang Nara berbunyi. Sambil dicekik, Abang Nara mengangkat telefon tersebut. Terdengar suara kawan Abang Nara yang first-first telefon tadi berkata:-

Bro sori salah info pasal hantu tue tadi. Diorang bukan hantu betul-betul pun. Rupa-rupanya diorang hantu untuk event Biar Betul yang Harian Metro buat. Sori ek aku salah info

Advertisement

Patutlah Abang Nara tengok daripada awal-awal tadi ada 2 ekor hantu pegang kadbod seperti di bawah:-

biar betul

Terus Abang Nara pulang dengan hati yang kecewa kerana misi menggantikan Uncle Seekers gagal. Balik rumah Abang Nara terus mencari lebih info tentang hantu-hantu Biar Betul Harian Metro ini dan abang Nara menjumpai sesuatu yang tersangatlah best. Kini Abang Nara boleh keluar front page Harian Metro hanya dengan bermain Facebook Application dari Harian Metro. Kini Abang Nara boleh jadi super duper famous.

biar betul

Jom kita fight sapa lagi buat cerita paling sensasi kat Facebook Harian Metro. Ada beran?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...