Pening kepala kami dengan berita-berita artis sekarang ini. Kalau tak cerai, mesti cerita putus tunang atau pun pergi mahkamah sebab nak mintak cerai. Paling pening apabila baca BiPop semalam yang menyatakan rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran pun tengah bermasalah sekarang. Dalam hati kami terus berkata “Biar betik, katakan ini semua dusta belaka”.
Tak terfikir langsung kami tentang kegoyahan rumah tangga Erra dan Engku Emran boleh berlaku. Mana taknya, selama ini kami rasakan mereka berdua antara suami isteri yang paling loving dan caring sangat. Lagi-lagi dengan kehadiran Aleesya sebagai penyeri rumah tangga diorang. Nampak sangat-sangat bahagia dan sangat-sangat sempurna kehidupan mereka bertiga.
Tapi semalam dalam Bipop ada khabar angin yang bertiup kencang macam tsunami kat Indonesia yang menyatakan Erra dan Engku Emran telah pergi ke pejabat agama untuk menghadiri sesi kaunseling. Ditambah pulak dengan kelibat Engku Emran yang tak kelihatan langsung semasa Erra terlibat dengan teater Tun Mahathir. Itu yang menguatkan lagi khabar angin tentang kegoyangan rumah tangga mereka berdua.
Dengan hati yang ikhlas dan berharap sangat, kami harap khabar angin ini hanyalah khabar angin semata-mata. Kami taknak melihat lagi lagi kes penceraian antara artis-artis kita. Cukuplah untuk tahun 2010 ini. Dah terlalu banyak artis bercerai. Bak kata orang tua, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Cubalah bawak berbincang. Fikirkan masa depan anak-anak.