Seorang pengguna Threads tampil memberi pendapat lantang berhubung kecaman yang diterima pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman selepas mengumumkan bakal berkahwin.
Pengguna itu menegaskan walaupun dirinya bukan peminat kedua-dua artis berkenaan, namun komen negatif yang dilemparkan warganet seperti “tak patut kahwin”, “gedik” dan pelbagai cercaan lain dianggap melampau.
Hantaran itu menerima sokongan ramai yang bersetuju bahawa soal jodoh adalah hak peribadi dan tidak wajar dijadikan bahan kecaman. Malah, ada yang berpendapat masyarakat seharusnya menghormati keputusan pasangan berkenaan dan mendoakan yang baik-baik.
Pengumuman perkahwinan Fattah dan Amira baru-baru ini sememangnya mengejutkan ramai, namun kebanyakan peminat gembira melihat pasangan itu akhirnya menuju ke gerbang perkahwinan.