“Biadap!” – Dua Lelaki Pijak Replika Kanak-Kanak Kebuluran Undang Kemarahan Netizen

Kehidupan

“Biadap!” – Dua Lelaki Pijak Replika Kanak-Kanak Kebuluran Undang Kemarahan Netizen

Biar tua atau muda, kaya atau miskin sekalipun, seseorang haruslah mempunyai adab dalam diri agar lebih dihormati oleh setiap manusia.

Baru-baru ini perkongsian seorang wanita di Twitter telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila foto yang dimuat naik olehnya itu telah memaparkan dua orang lelaki melakukan aksi yang didakwa biadap dan tidak berperikemanusiaan.

Advertisement

Dalam foto tersebut, dua orang lelaki itu dilihat sedang ‘memijak’ dan menendang sebuah replika kanak-kanak yang sedang kelaparan dipercayai berlokasi di sebuah muzium yang terletak di Pulau Pinang.

Ianya sekaligus mengundang rasa marah dan merasakan tindakan individu tersebut sebagai ‘kurang belas kasihan’ dan tiada empati dalam diri.

Inilah yang saya maksudkan tentang kurang rasa belas kasihan. Bagaimana boleh terfikir nak lakukan perkara seperti ini di pameran tentang kanak-kanak kelaparan? Macam mana benda ini boleh dijadikan bahan lawak?

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dan ada juga yang mendedahkan bahawa salah seorang daripada lelaki tersebut dipercayai sudah pun bergelar seorang bapa.

Pijak kanak2 kebuluranSumber : Twitter 

Sekurang-kuranganya dia patut berfikir jika kanak-kanak replika itu adalah anaknya yang bernasib malang, tidakkah dia akan marah? Tidakkah dia fikir anak-anaknya  juga patut dikasihani orang lain?

Terdahulu, pameran muzium yang dikenali sebagai Wonderfood Museum itu dianjurkan dengan tujuan untuk memberi kesedaran tentang isu kanak-kanak menghadapi kebuluran.

Kesimpulannya, sikap tidak sensitif atas kesengsaraan orang lain tidak sepatutnya wujud apatah lagi dikongsi secara terbuka untuk tontonan umum.

Facebook
2 years ago

(VIDEO) "Pagar Kena Sentiasa Kunci.." - Nasib Baik Cepat Bertindak, Cubaan Culik Kanak-Kanak Gagal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...