(Bhg 2) : Globalisasi Tidak Boleh Dihentikan, Ekonomi Perlu Dipacu Golongan Muda

Trending

(Bhg 2) : Globalisasi Tidak Boleh Dihentikan, Ekonomi Perlu Dipacu Golongan Muda

Globalisasi itu bagus. Cuma pada 20 tahun yang lepas ia hanya untuk membina syarikat besar membantu membangunkan negara. 60ribu syarikat besar mendapat manfaat daripada globalisasi. Tetapi negara kurang membangun, syarikat kecil dan orang muda tidak gembira.

Advertisement

Bagaimana kita boleh membantu negara membangun, orang muda dan syarikat kecil memasarkan produk dan bisnes mereka merentasi sempadan negara?

Beliau percaya globalisasi mesti ditambahbaik dan seharusnya mencakupi kepada semua orang dengan membantu bisnes-bisnes kecil ini dengan platform internet (seperti Ali Baba).

Apabila ditanya, kamu berckap tentang kuasa bisnes kecil dan ini sudah melawan arus. Adakah kamu takut mendapat tentangan kerajaan?

Jawab beliau:

“Sejak 18 tahun yang lalu di China kami telah pun mendapat kritikan setiap hari. Sesuatu yang kamu percaya pasti akan ramai yang mengkritiknya. Tetapi, jika benar-benar kamu percaya, kamu akan teruskan usaha dan tingkatkan penambahbaikan.”

Buatlah seperti orang gila. Tahun lepas saja (2016) saya berada di udara 870jam. Tahun ini (2017) mungikn 1000jam saya terbang ke seluruh negara bertemu dengan pemimpin-pemimpin dunia.

Beliau berusaha meyakinkan ramai orang bahawa globalisasi itu bagus.

Free traders itu bagus. Meyakinkan orang bahawa bisnes kecil seharusnya memandu dan memacu globalisasi dan menjadi daya utama. Meyakinkan mereka bahawa di sana ada cara menyelesaikan isu-isu globalisasi (yang tidak bagus).

Anda tidak boleh menghentikan globalisasi. Dunia sudah menjadi semakin kecil. Internet. Tiket kapal terbang. Manusia travel ke seluruh dunia. Jadi jika anda tidak boleh hentikannya, maka buat penambahbaikan.

Apabila beliau bertemu dengan presiden Amerika, beliau berpendapat usaha dan idea bisnes kecil dan orang muda ini mendapat sokongan presiden. Ketika beliau berkata, kita akan adakan Small Business Summit.

Presiden Amerika berasa sangat teruja dan berkata; “Jack! Ini idea sangat bagus. Tolong laksanakannya. Jika ada apa-apa yang boleh saya bantu, beritahu saya.”

Kami (Ali Baba) mempunyai 12juta bisnes kecil. Mereka menjual produk di platform kami kepada pelanggan mass di China. Dengan 12juta bisnes kecil, kami telah mencipta lebih 33juta peluang kerja di China.

Kami percaya jika satu kedai online boleh mencipta satu peluang kerja, jadi untuk 1juta bisnes kecil online di Amerika, kita boleh cipta paling kurang 1juta peluang pekerjaan.

Di California, 20ribu bisnes kecil menggunakan platform Ali Baba untuk menjual produk mereka merentasi sempadan negara, membeli produk dari luar kemudian mencipta semula produk baru dan jual. Hasilnya, sangat banyak peluang kerja baru tercipta.

Gabenor California menziarahinya beberapa tahun lepas dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana membantu mencipta peluang kerja di sana.

Selepas 18 tahun Ali Baba menguji model bisnes B2C di China, data mereka menunjukkan 300juta rakyat golongan kelas pertengahan di China telah mencipta permintaan tempatan yang besar, antara bukti mereka sukakan produk-produk Amerika.

Kami mahu membantu syarikat kecil di sana menjual produknya di China. Lebih banyak permintaan di sini (China), lebih banyak peluang kerja tercipta di sana (Amerika). Kami telah buktikan model bisnes ini, bahkan kami buktikannya di negara lain juga.

3 hari lepas (18 Jun 2017), kami (Ali Baba) ada membuat promosi kecil. Kurang daripada 15minit, kami telah menjual 2juta lipstick produk keluaran Amerika. Ini adalah demand dari China!

30 tahun yang lalu, ‘Domestic Consumption’ Amerika memacu ekonomi global dan menyokong banyak bisnes kecil di China untuk menjual produk secara global.

Hari ini, 30 tahun mendatang nanti, kuasa ‘Domestic Demanding’ China akan memacu juta dan jutaan bisnes kecil seluruh dunia memasarkan secara global.

Apabila ditanyakan China masih lagi mengamalkan Export-driven economy, tidak kepada Consumption-driven economy, beliau menjawab: Tidak. China berubah.

China akan mengimport 8trilion dolar (nilai produk) dalam masa 5 tahun akan datang. China sudah tahu dengan jelas, jika mereka teruskan export, alam sekitar China tidak akan bertambah baik.

Pencemaran air, pencemaran udara. Semua ini mereka sedang bersedia. China ada 300juta rakyat kelas pertengahan. Mereka mahukan produk dan servis berkualiti tinggi.

Apabila Donald Trump berkata, kami mahu ‘made in America’. Beritahu saya, made in America, anda mahu jual kepada negara mana? Afrika? Latin Amerika? China!

Kredit : Yaqzan Yazed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...