Dalam satu temuramah, beliau berkata revolusi teknologi ketiga berlaku seiring dengan dunia digital dan internet tanpa sempadan. Artificial Intelligence (AI) / robot / mesin berkembang dengan pesat di seluruh dunia.
Sekiranya latar belakang pendidikan seseorang tidak berinovasi dan kreatif, manusia akan kehilangan kerja kerana diambil alih oleh mesin. Berikan fokus kepada usaha globalisasikan bisnes atau pekerjaan kerana manusia tidak boleh bergantung kepada bisnes dan pekerjaan lokal sahaja.
Cara terbaik untuk mencipta peluang pekerjaan adalah dengan membantu bisnes kecil menjual produk tempatan ke luar negara melalui internet. Persiapan awal mestilah dilakukan sekarang.
Manusia akan mula bekerja 4 jam sehari dan 4 hari seminggu.
Manusia akan dapat travel lebih banyak negara.
Jack Ma travel ke serata dunia untuk memberi tahu kerajaan dan pimpinan negara agar “moving fast!” Jika mereka tidak bergerak laju, masalah akan berlaku. Jika kita melihat sesuatu sedang muncul, kita mesti bersedia dari sekarang.
Apabila ditanyakan apakah mesin akan mengatasi manusia? Beliau menjawab: “Tidak, manusia akan menang. Mesin sangat bagus pada ‘knowledge’ tetapi manusia sangat hebat pada ‘wisdom’.
Oleh sebab itu, beliau sentiasa mengingatkan kerajaan agar memberikan perhatian serius kepada sistem pendidikan bagi mengembangkan ‘wisdom’ manusia. Mesin / AI hanya ada ‘intelligence’ dan ‘smart’ tetapi manusia ada ‘wisdom’.
Wisdom adalah tentang pengalaman hidup.
Smart people (AI) tahu apa yang mereka mahu. Wise people (human) tahu apa yang mereka tidak mahu. Manusia perlu mencipta mesin dengan ‘memberi minum’ data. Tanpa data, ‘innovation society’ menjadi mustahil.
Ali Baba percaya bahawa data sangat penting pada hari ini untuk kehidupan manusia pada masa depan. Dengan data manusia boleh mengenali kehidupan dengan lebih baik untuk masa depan.
Data boleh meningkatkan status kehidupan manusia dan meningkatkan kualiti mesin untuk memastikan mesin boleh melakukan kerja dengan lebih baik untuk menyokong manusia selain mencipta peluang kerja.
Dengan data yang ada, beliau percaya AI / mesin tidak akan mempunyai ‘wisdom’ seperti manusia.
Wisdom daripada hati dan intelligence daripada otak. Kita sentiasa boleh buat mesin belajar pengetahuan baru tetapi sangat sukar untuk mencipta mesin mempunyai hati seperti manusia.
Mustahil untuk kita mencipta mesin yang sama seperti manusia. Kita hanya perlu pastikan bahawa mesin boleh melakukan perkara yang manusia tidak boleh buat.
===
-Artificial Intelligence
-Education
-Third Technology Revolution (future of innovation)
-Data Technology (I.O.T.)
-And other concerns and possibilities
Sumber : Yaqzan Yazed