“BFF Aku Kot..” Muat Naik Gambar Mesra Bersama Lelaki, Zarina Anjoulie Nafi Dah Jumpa Pengganti

Hiburan

“BFF Aku Kot..” Muat Naik Gambar Mesra Bersama Lelaki, Zarina Anjoulie Nafi Dah Jumpa Pengganti

Tampil bergambar mesra dengan seorang lelaki usai sahaja bercerai dengan bekas suami, pelakon Zarina Anjoulie menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia sudah menemui pengganti selepas berpisah dengan Eilyas pada 2 Mei lalu.

Ujar Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, foto yang memaparkan seorang lelaki muda itu merupakan salah seorang sahabat baiknya.

Advertisement

Terdahulu, Zarina ada berkongsi gambar lelaki yang dipercayai bernama Asyraf berserta beberapa emoji ‘love’ di ruangan Instagram miliknya.

Hantaran tersebut ternyata telah mencuri perhatian peminat dan pengikut media sosialnya yang bertanyakan sama ada dia sudah bertemu dengan cinta hati yang baru.

“Wah..cinta baru ke sis? Semoga anju bahagia selalu..” tulis seorang pengguna media sosial.

Namun, Zarina memberi respon yang menafikan jejaka itu teman lelakinya yang baru.

“@asyrafislamofficial siapa yang dah lama follow aku akan tau dia bff aku kot chill la..” tulisnya sebagai kapsyen.

Terdahulu, Zarina dan Eilyas telah sah bercerai kali kedua pada awal Mei lalu setelah kali pertama pada Februari lalu.

Mereka berdua telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 dan tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...