Beza Usia 38 Tahun Tak Jadi Penghalang Untuk Berkahwin, Gadis Dedah Dituduh ‘Hadap’ Duit Pencen Suami

Hiburan

Beza Usia 38 Tahun Tak Jadi Penghalang Untuk Berkahwin, Gadis Dedah Dituduh ‘Hadap’ Duit Pencen Suami

Meskipun memiliki jurang usia yang jauh namun ia bukanlah penghalang bagi Nur Arelya Azahar dan suaminya, Mohamed Saman mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu tular di TikTok baru-baru ini selepas Nur Arelya berkongsi video bersama suaminya berumur 62 tahun dan ia membuatkan ramai netizen kagum dengan kemesraan mereka.

Advertisement

Nur Arelya, 24, dan suaminya itu mempunyai perbezaan umur 38 tahun dan telah sah menjadi suami isteri pada 13 November 2020.

Jelasnya, langsung tidak pernah terlintas di fikiran dia akan berkahwin seawal itu apatah lagi dengan pasangan yang jauh lebih berusia memandangkan dirinya sibuk dengan kerja.

Mereka berdua mula berkenalan pada empat tahun lepas ketika dia bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran dan suaminya pula gemar singgah makan di situ.

Awalnya hanya pelanggan namun semakin lama Nur Arelya nampak suami memberanikan diri menegurnya dan memberitahu hasrat untuk kenal dengan lebih rapat.

Awal 2020, suami luahkan perasaannya terhadap saya dan ajak kahwin. Pada mulanya saya tak layan tetapi jadi lembut hati dan menerimanya selepas melihat kesungguhannya serta tahu statusnya yang sudah menduda sejak kematian isteri pada 2018.”

@arelya_azahar

Denganmu ku punyai segala , takkan beruntung seisi dunia .Limpah kurniaan petunjuk bantuan ,tempuh hari yang mendatang ?

? original sound – WN Sweet Sunnah – WN Sweet Sunnah

Dalam pada itu, dia juga yakin mereka boleh saling menjaga antara satu sama lain kerana suami menghidap diabetes sementara Nur Arelya pula merupakan pesakit bipolar.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan kebahagiannya dan suami namun jelasnya video tersebut tidak terlepas daripada mendapat komen negatif.

Ada juga yang kecam dengan mengatakan saya terima suami kerana hadap wang pencen suami selain persoalkan kemampuan saya menjaganya.”

2 years ago

"Celah Mana Yang Salahnya?" - Beza 33 Tahun, Netizen Berbalah Pendapat Tentang Video TikTok Guru Kahwini Bekas Pelajar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...