“Betul Saya Sudah Fail Cerai” – Dr Jezamine Bakal Berpisah Dengan Harith Iskander?

Hiburan

“Betul Saya Sudah Fail Cerai” – Dr Jezamine Bakal Berpisah Dengan Harith Iskander?

Isteri kepada pelawak terkenal Harith Iskander, Dr Jezamine dilaporkan sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Isteri Harith Iskander, Dr Jezamine fail perceraian

Perkara itu disahkan sendiri Dr Jezamine di mana dia memaklumkan urusan perceraian itu sudah didokumentasi sekitar bulan Jun lalu namun enggan mengulas lanjut.

Advertisement

Betul saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat tapi lebih kurang sebulan lalu.

Harith Iskander enggan komen lanjut

Manakala Harith ketika dihubungi media juga enggan memberikan respon sebaliknya dan tidak meninggalkan sebarang komen mengenai hal itu.

Saya tiada sebarang komen tentang perkara itu.

Sebelum ini, Dr Jezamine telah mencuri perhatian apabila dia bergambar bersama peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir di dewan mahkamah, lengkap berjubah dan bertudung.

Sekadar info, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wany Hasrita lagu baru dikecam
6 months ago

"Aduh Lagu Apa Ni, Syok Sendiri" - Lirik Mengarut, Karya Terbaru Wany Hasrita Dikritik Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...