Berharuman Kasturi Dengan Botol Rejoice Perfection Series. Hanya Yang Memakai Saja Yang Tahu. Ini Jalan Penyelesaiannya

Hiburan

Berharuman Kasturi Dengan Botol Rejoice Perfection Series. Hanya Yang Memakai Saja Yang Tahu. Ini Jalan Penyelesaiannya

Memang benar hijab bukanlah penghalang kepada wanita untuk menyerlahkan kemampuan mereka tapi kadang-kadang rasa macam nak pecah kepala apabila terpaksa hadap pelbagai masalah rambut dek pemakaian hijab lebih 8 jam sehari.

Meskipun rambut tersimpan rapi di dalam hijab dan orang lain sebenarnya tak nampak pun masalah rumit yang sedang ‘berperang’ di sebalik kain itu, tapi yakni ianya mampu merosakkan mood anda sampai ke malam tahu.

Advertisement

Makin bertambah-tambah stress apabila rambut anda yang bermasalah membuatkan anda turut mempunyai isu untuk menstailkan hijab dengan tenang dan lancarnya. Pendek kata, masalah rambut ini buat semua benda jadi serba tak kenalah!

Selagi boleh duduk jarak semeter daripada orang lain

Tipulah kalau anda tak pernah rasa macam ada bau masam yang menyelubungi rambut anda. Walaupun dah cuba sedaya upaya keringkan rambut sebelum menyarungkan hijab tetapi peluh yang terperangkap di dalam kain tersebut membuatkan anda menjadi sensitif dengan baunya. Padahal orang lain tak bau pun, tapi anda seusaha boleh lalui ‘mission impossible’ supaya tak dekati orang lain langsung. Penat!

Rejoice ‘Hijab Perfection Series’

Rambut berkilat bak tembaga

Kalau duduk dalam bilik yang berhawa dingin sepanjang hari tak apa juga, yang jadi masalah apabila anda perlu berada di luar dan berdiri tegak di bawah pancaran matahari berjam-jam lamanya. Nampak sahaja tenang apabila memakai hijab, namun apabila dibuka, fuh rambut berkilat sakan sampai silau mata disebabkan peluh.

Rejoice ‘Hijab Perfection Series’

‘Salji’ dalam hijab, tiada siapa yang tahu

Siapa sangka sebenarnya ada ‘salji’ di Malaysia? Hanya orang terpilih sahaja yang dapat melihat keajaiban ini iaitu para wanita yang memiliki kepingan-kepingan putih pada rambut mereka. Tak payah pergi sampai Korea nak merasa main salji, gosok sahaja kepala anda, sudah pasti banyak empingan ‘salji’ ini yang berterbangan. Tapi yang masalahnya apabila ia datang sekali dengan pakej kegatalan, sampai merah-merah kulit kepala sebab terpaksa tahan amukan kuku anda.

Rejoice ‘Hijab Perfection Series’

Rambut nakal yang mahu melihat dunia

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh wanita berhijab ialah rambut 100% akan kusut dan tak terurus selepas seharian tersimpan kemas di dalam kain tersebut. Bukan sahaja susah apabila anda cuba menyikatnya bahkan sesetengah untaian rambut dengan degilnya akan cuba menyelit di celahan tudung untuk melihat dunia luar. Lagi susah daripada nak uruskan budak tadika!

Rejoice ‘Hijab Perfection Series’

Keyakinan menjunam ke laut

Walaupun tak nampak dengan mata kasar seperti masalah rambut yang lain tetapi secara jujurnya anda akan mula mempunyai masalah keyakinan diri dek isu ini semua. Sampaikan anda rasa orang lain seperti bercakap mengenai masalah rambut anda yang berbau meskipun mereka tak bau apa-apa pun. Bahkan anda mula jalan menunduk kerana risau dicop sebagai seorang yang tak pandai menjaga kebersihan diri.

Rejoice ‘Hijab Perfection Series’

Kalau anda nak tahu, masalah ini sebenarnya sama sahaja dengan Nadya yang terpaksa memendam impiannya untuk menjadi hijab stylist dek masalah rambut yang memadamkan keyakinan diri yang ada pada dirinya. Bukan saja beri kesan kepada diri sendiri malah ibu Nadya sendiri was-was dengan cita-cita anak perempuannya itu.

Tapi semuanya selesai apabila Nadya mengguna pakai nasihat rakannya Alya dengan mencuba syampu sesuai untuk wanita berhijab iaitu Rejoice ‘Hijab Perfection Series’!

Masalah rambut tiada lagi buat wanita berhijab dengan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’

Rasanya wanita yang berhijab pastinya mengetahui azabnya apabila kulit kepala dan rambut mula buat hal ketika anda sedang sibuk menghadapi rencah kehidupan seharian. Bayangkan tengah bagi presentation ataupun dalam meeting, tiba-tiba mula gatal lah dan rasa tak selesa sebab rambut berminyak teruk. Lagi patah hati, apabila rambut kesayangan anda mula dipenuhi dengan kepingan-kepingan putih. Ewww!

Dek mendengar keluhan anda semua, #myrejoice telah mengeluarkan ‘Hijab Perfection Series’ bagi menyahkan kesemua masalah rambut ini dalam sekelip mata sahaja. Tak percaya? Syampu rambut ini terbukti dapat menyelesaikan 3 masalah sekaligus lantas membuatkan anda tampil sempurna berhijab dengan #myhijabperfection!

Rejoice ‘Hijab Perfection Series’

Pertama ialah membersihkan kesemua kelemumur yang bersarang di kepala menerusi kandungan anti-kelemumur. Keduanya pula, rambut anda yakni dah tak akan ada bau kepam lagi kerana kandungan menthol yang menyejukkan selain bau segar bak bunga kasturi. Terakhir sekali ialah rambut akan menjadi lembut sehingga anda tak perlu pening lagi kerana masalah rambut kusut dan tak terurus. Hebat kan?

Terdapat tiga jenis syampu dalam rangkaian Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ iaitu ‘Perfect Cool’ yang menyegarkan kulit kepala anda dengan kehadiran menthol, ‘Perfect Perfume’ yang mewangikan rambut anda seperti taman bunga mawar dan ‘Perfect Strength’ yang membantu mengurangkan rambut gugur anda dalam masa seminggu sahaja. Tak cukup dengan itu, rangkaian ini turut disertakan dengan kondisioner untuk membantu rambut anda menjadi lembut dan segar!

A picture containing sitting, table, small Description automatically generated Rejoice ‘Hijab Perfection Series’Rejoice ‘Hijab Perfection Series’

Sesiapa yang berhijab sudah pasti akan melompat gembira dengan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ ini! Seronok betul apabila boleh berhijab dari pagi sehingga ke malam tanpa perlu berasa risau tentang masalah rambut gugur, kegatalan, bau masam dan juga kelemumur. Rasa macam dunia ini seperti milik anda!

Bukan sahaja Nadya, malah ramai lagi selebriti lain yang dah amalkan penggunaan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ ini dalam rutin penjagaan seharian mereka. Lihat sahaja keyakinan yang terpancar pada Eyra Hazali dan Erin Malek selepas menggunakan rangkaian syampu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?? Wifey & Mommy of two (@erinmalek94) on

Daripada raut wajah masing-masing pun, dah jelas kelihatan bahawa mereka gembira dan berpuas hati dengan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ ini. Seperti dah jumpa soulmate yang sekian lama dinanti!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??? (@fatinafeqah) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOONLIGHT? (@qamarinalim_) on

Anda pun mesti mahu tampil yakin untuk mengejar impian yang sudah lama disemat di dalam hati seperti Nadya kan? Apa lagi, selesaikan masalah rambut dan kejar cita-cita anda dengan bantuan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’.

Mesti dah tak sabar nak dapatkan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ dalam genggaman anda kan? Cepat-cepat beli rangkaian syampu ini menerusi laman atas talian Guardian sekarang juga!

#merejoice bantu anda kembali yakin untuk capai impian bersama #myhijabperfection!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...