“Betul Ke Tindakan Saya?” – Suap Anak 6 Bulan Dengan Madu & Antiv*ksin, Wanita Buat Laporan Polis Terhadap Suami Dan Ibu Mentua

Kehidupan

“Betul Ke Tindakan Saya?” – Suap Anak 6 Bulan Dengan Madu & Antiv*ksin,  Wanita Buat Laporan Polis Terhadap Suami Dan Ibu Mentua

Satu perkongsian di media sosial menjadi topik hangat perbualan warga maya di aplikasi X semalam.

Dalam hantaran tersebut, seorang wanita bergelar ibu tampil bertanyakan sama ada tindakannya wajar atau tidak kerana membuat laporan polis di atas sikap dan tindakan suami dan juga ibu mentuanya.

Advertisement

Wanita buat laporan polis terhadap suami dan ibu mentua

Difahamkan, keluarga suami wanita tersebut adalah golongan antivaksin dan menolak perubatan moden.

keluarga mentua antivaksin

Wanita itu berada dalam keadaan dilema setelah dia melahirkan bayi sulung dan si suami menolak sebarang pemberian vaksin awalan kepada bayi mereka.

Ibu mentua dan suami tolak perubatan moden

Dijadikan cerita, bayi mereka mengalami demam dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan oleh ibu mentuanya yang kebetulan menjaga anaknya.

Malah, ibu mentua wanita itu turut memberi madu kepada bayi sehingga si kecil itu jatuh sakit dan perlu dibawa ke kecemasan hospital kerana pneumonia.

Ibu mentua dan suami antivaksin

Wanita buat laporan polis terhadap suami dan ibu mentua.

Sumber: X

Tidak tahan dengan tindakan melulu suami dan keluarga mentua, wanita itu bertindak membuat laporan polis dan kedua-duanya telah ditahan reman selama dua hari serta didakwa atas kesalahan pengabaian kanak-kanak.

Berikutan itu, wanita berkenaan tampil bertanya adakah tindakannya itu melampaui batas dan melampau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan kepada wanita itu dan memintanya untuk tidak menarik sebarang laporan polis yang dibuat sebagai pengajaran kepada orang lain.

“Pehhh respect sis berani gila take action gitu. Rasanya lah kan kalau u nak tarik report buat deal dulu jgn bg fmly husb msk campur lg hal anak. Bab cerai tu if your husb betul2 menyesal n akan be on ur side, u should fikir masak2 lah.” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Alif teega Aisyah hijanah nafi terlibat kaut 20% dana awam
6 months ago

"Aisyah Tu Sampai Hari Ni Dia Diam" - Alif Teega Beri Penjelasan, Nafi Terlibat Dalam Kutip Derma Kaut Komisen 20%

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...