Belum ada kesudahannya, kali ini kekasih gelap Aliff Aziz mendedahkan cerita tentang pelakon, Sophia Al-Barakbah yang masih berhubung dengan aktor itu.
Masih berhubung
Biarpun sebelum ini Sophia dan Aliff sudah mengakui silap dan mengakhirkan hubungan mereka, namun bukti mesej peribadi yang didedahkan oleh Sarah menunjukkan sebaliknya.
Dalam salah satu hantaran yang ditunjukkan oleh Sarah, Aliff dan Sophia masih berhubung sehingga Mac lalu.
Jangan salahkan Aliff seorang saja
Kata Sarah pendedahan yang dilakukan supaya orang ramai tidak hanya menuding jari pada Aliff saja apabila berkaitan isu curang dengan ramai wanita.
Bukan itu saja, malah wanita itu turut mendakwa Sophia dan Aliff menggunakan akaun Instagram palsu semata-mata mahu berborak dengan antara satu sama lain agar tidak ‘kantoi’.
Kalau semua nak benci Aliff, make sure satu satu ni semua you all benci sekali bukan Aliff sorang. Diorang pun melayan tapi nak tipu dengan semua orang lah yang diorang ni suci.