Betul Ke Siapa Yang Memiliki Dahi Jendol Dikatakan Bijak?

Kehidupan

Betul Ke Siapa Yang Memiliki Dahi Jendol Dikatakan Bijak?

Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu!

Dahi Jendol selalunya agak luas dan seringkali dikaitkan dengan ‘padang golf’.  Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang.

Advertisement

Seringkali orang yang mempunyai dahi luas  akan berasa rendah diri kerana sering diejek oleh kawan-kawan dan kurang keyakinan diri sedikit.

Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri.

Tidak pasti ianya satu kajian benar atau hanya untuk suka-suka, namun sedikit sebanyak apa yang di huraikan ada berkaitan dengan diri atau personaliti seseorang.

Dikatakan pemilik dahi luas dan lebar seorang yang cerdik. Hal ini kerana dengan tulang tengkorak yang relatif lebih besar mampu memiliki perkembangan otak yang baik dan sangat cerdas.

Antara lain ciri yang dimiliki oleh mereka ialah lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tidak suka dengan persekitaran yang bising dan sukakan kedamaian.

Walaupun mereka seorang yang pendiam, ini bukan bermakna mereka tidak suka berkawan. Sebenarnya mereka tidak suka memulakan bicara terlebih dahulu. Jadi, anda yang harus mulakan dahulu perbicaraan.

Kepada orang yang memiliki dahi jendol, yakin dengan diri anda. Setiap ciptaan tuhan semuanya cantik belaka.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...