Betul Ke Mandi Malam Berbahaya? Doktor Ini Jawab Persoalan Yang Jadi Kepercayaan Masyarakat

Trending

Betul Ke Mandi Malam Berbahaya? Doktor Ini Jawab Persoalan Yang Jadi Kepercayaan Masyarakat

Mandi adalah antara mitos terbesar sebenarnya. Tak faham saya kenapa jadi sampai begini sekali. Mungkin sebab orang lama-lama mandi di perigi.

Jadi tak boleh pergi malam-malam sebab takut jatuh ke dalam. Mohon jangan percaya apa-apa yang anda baca di media sosial.

Advertisement

Semuanya tidak bertanggungjawab langsung.

Saya beri beberapa contoh “air” di dalam paru dalam ilustrasi gambar-gambar yang saya dapat dari internet.

Anda kena faham “paru-paru berair” didalam istilah perubatan ada beberapa terma: pulmonary oedema, pleural effusion, pneumonia. Semuanya bukan sama !

Ya memang pemahaman masyarakat semuanya dikata “paru-paru berair”. Bagi kami pengamal perubatan, kami perlu tahu lebih spesifik. Air itu berada di rongga mana dan didalam konteks penyakit apa.

Pulmonary oedema ialah air terkumpul didalam ruang alveoli bila ada antaranya penyakit lemah jantung (jantung tidak boleh pam dengan baik dan air tersangkut didalam paru-paru) juga penyakit kronik buah pinggang (air berlebihan tidak dapat dibuang oleh buah pinggang).

Pleural effusion juga air tetapi didalam rongga diantara selaput dan organ paru-paru sendiri. Contoh penyebab lemah jantung, sirhosis hati, nephrotic syndrome dan beberapa lagi.

Untuk pneumonia (jangkitan kuman) pula, inflamasi alveoli menjadikan terhasilnya air yang juga mungkin bertakung sedikit bersama dengan penyebab jangkitan itu disitu.

Kesemua penyebabnya berlainan; tetapi satu yang pasti: BUKAN SEBAB MANDI.

Yang kami tahu:

1. Tiada waktu yang tidak boleh mandi. Bagi saya, tidur malam lagi nyenyak lepas mandi?

2. Tiada istilah badan lebih panas lepas waktu asar. Kalau panas seperti demam pun, mana mungkin badan jadi lelah dan penat selepas mandi. Tidak wujud istilah badan lelah. Mengarut saja.

3. Jantung kita TIDAK menjadi lemah selepas Maghrib. Jantung kita pam 24 jam, setiap saat dengan kadar yang sama! Aduh.

Macamana pulak air boleh meresap terus masuk ke paru-paru? Melalui mulut? Melalui kulit? Lojik pun tidak.

4. Jantung kita tidak istirehat. Kalau istirehat, maksudnya terus “jalan” lah jawabnya. Jantung berhenti = kematian.

5. Jantung kita TIDAK boleh dimasuki air jika mandi. Anda buka paip terus masuk paip terus ke jantung ke? Tentu tirai, kan? Kalau ada air dalam selaput jantung iaitu entiti “pericardial effusion” ianya disebabkan penyakit seperti barah, tuberculosis, autoimun dan beberapa lagi. Aduhai.

Mandi lah bila nak mandi pun. Jangan di biarkan badan anda busuk. Kesian orang sebelah.

Kredit : Dr Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...