Betul Ke Lumpuh Berpunca Kerana Air Tulang Belakang Diambil?

Trending

Betul Ke Lumpuh Berpunca Kerana Air Tulang Belakang Diambil?

Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang takut apabila doktor ingin mengambil air daripada tulang belakang. Pelbagai stigma yang akan keluar daripada fikiran mereka.

Advertisement

Kebanyakkannya akan menolak prosedur tersebut kerana mereka menganggap pengambilan air tulang belakang akan menyebabkan kelumpuhan, keadaan pesakit menjadi semakin teruk dan pelbagai lagi. Pendek kata, mereka merasakan prosedur ini berisiko tinggi.

“Emak, kenapa abang lumpuh daripada kecik ye?”, Tanya Ali kepada Emaknya

“Dulu waktu abang kau masih kecil, dia demam tinggi. Doktor pun ambil air tulang belakangnya. Lepas dia ambil air tulang belakang tulah dia mula lumpuh”, jelas ibunya.

Perbincangan ini selalu kita dengari. Tetapi adakah benar pengambilan air tulang belakang menyebabkan kelumpuhan?

Kenapa Selamat?

“Lumbar puncture’ ataupun nama yang selalu dipanggil oleh orang kita iaitu ambil air tulang belakang merupakan salah satu prosedur yang sangat selamat.

Sebenarnya ia ada kaitan dengan struktur tulang belakang(vertebral bone) dan juga saraf tunjang(Spinal cord).

Tempat yang dicucuk untuk mengambil air tulang belakang merupakan ruang yang hanya mengandungi air tulang belakang(Cerebrospinal fluid) dan juga saraf periferi yang kecil dan terapung di dalam air tulang belakang. Tiada saraf tunjang pada ruang tersebut.

Ini kerana hujung saraf tunjang hanya berakhir pada tulang belakang jenis Lumbar nombor satu. Tetapi kita mengambil air tulang belakang di antara tulang lumbar nombor 3 dan 4 iaitu lebih rendah daripada tulang lumbar nombor 1.

Oleh itu, prosedur itu tidak akan mencederakan saraf tunjang dan sangat jarang(extremely rare) untuk terkena saraf periferi yang terapung di dalam air tersebut.

Tulang belakang terbahagi kepada beberapa jenis.

Bermula daripada bahagian atas iaitu Cervical, diikuti dengan thoracic, lumbar, sacral dan berakhir dengan coccyx dibahagian bawah sekali. Saraf tunjang berakhir pada tulang lumbar nombor 1.

Apa Yang Menyebabkan Lumpuh?

Pengambilan air tulang belakang adalah salah satu cara untuk mengetahui punca penyakit yang pesakit alami. Ini akan membantu perawat kesihatan untuk memberi rawatan yang tepat kepada pesakit.

Penyakit yang selalu doktor ingin diagnos dalam pengambilan air tulang belakang adalah MENINGTIS. Iaitu jangkitan kuman pada selaput otak.

Kelumpuhan yang selalu dialami oleh seseorang pesakit bukan lah disebabkan prosedur pengambilan air tulang belakang. Ini kerana saraf yang berada di situ hanya mengawal sedikit sahaja pergerakan kaki. Yang menyebabkan kelumpuhan itu adalah disebabkan jangkitan kuman pada bahagian otak itu sendiri.

Kuman itu akan merosakkan bahagian otak yang mengawal pergerakkan kaki dan tangan menyebabkan pesakit mengalami kelumpuhan pada bahagian tersebut(Kaki dan tangan).

Komplikasi Selalu Dialami

Selalunya pesakit yg menjalani prosedur ini boleh mengalami sakit kepala yang dipanggil sebagai ‘post spinal headache. Keadaan ini adalah sesuatu yang tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa hari.

Selalunya pesakit dinasihatkan untuk mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi sahaja. Jika teruk pemberian ubat tahan sakit boleh membantu.

Kesimpulan

Prosedur ini bukanlah sesuatu prosedur yang berbahaya ataupun menyebabkan kelumpuhan. Malah, prosedur ini mampu memberi diagnosa yang tepat berkenaan punca penyakit yang pesakit sedang hadapi.

Ini penting kerana setiap jenis penyakit ataupun kuman mempunyai cara rawatan ataupun ubat-ubatan yang berbeza.

Jika diagnosis yang tepat tidak diketahui, selalunya doktor akan merawat secara rambang sahaja berdasarkan simptom yang ada.

Sumber : Root Of Science

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...