Betul Ke Golongan Agamawan Dipandang Sinis Gara-Gara Pembongkaran Ustaz Jahat

Trending

Betul Ke Golongan Agamawan Dipandang Sinis Gara-Gara Pembongkaran Ustaz Jahat

Drama “Nur” telah pun melabuhkan tirainya, namun impak dan kesan dek tayangan drama ini seperti masih hangat dan menjadi bualan netizen.

Penangan drama “Nur” juga menyaksikan sambutan yang bukan kaki drama juga turut membicarakan topik seorang Ustaz yang menunggang agama atau bertopengkan agama untuk menyembuyikan diri mereka yang sebenar.

Advertisement

Berbeza pula dengan pendapat Dr Ustaz Rozaimi Ramle, yang memberikan pandangannya tersendiri mengenai isu ini.

Jom baca..

Seakan ada pihak yang panas dan tidak setuju apabila ada watak orang jahat berlakon sebagai ustaz difilemkan atau ditayang di televisyen. Kata mereka bimbang ia menjatuhkan reputasi semua ustaz.

Saya pula mempunyai pandangan sebaliknya.

Jika kita menyelak al-Quran, kita dapati Allah menyamakan orang yang mempunyai ilmu agama tetapi jahat diumpamakan sebagai anjing yang menjelirkan lidah.

Allah juga mencela pendeta Yahudi yang menggunakan agama untuk mendapatkan habuan dunia.

Nabi Muhammad sallallah alaih wasallam menyatakan bahawa antara perkara yang paling baginda takuti ialah golongan munafik yang pandai berkata-kata. (HR Ahmad dengan sanad yang hasan).

Sebahagian ulama mensyarahkan makna hadis ini dengan maksud golongan yang menjadikan agama sebagai profesion untuk mendapatkan habuan dunia.

Imam Al-Ghazzali menyatakan ulama jahat ini bahayanya lebih dahsyat daripada kejahatan syaitan. Ini kerana syaitan menggunakan ulama jahat ini untuk merentap agama dari jiwa manusia.

Ibn Al-Jauzi menulis kitab Talbis Iblis menyatakan ada golongan hadis yang menuntut ilmu hadis semata untuk mencari kebanggaan dengan menuntut hadis syaz dan gharib (ganjil).

Ulama hadis mencela golongan pemalsu hadis yang merekayasa hadis semata untuk mencari habuan dunia dan kedudukan di sisi pemerintah seperti Ghiyath bin Ibrahim.

Adakah mereka ini semua mahu menjatuhkan reputasi semua ustaz dan ulama? Tidak sama sekali. Mereka mahu memberikan peringatan kepada umat bahawa golongan ini ada dan umat perlu berhati-hati.

Justeru bagi saya, kita tidak sepatutnya bimbang dengan pembongkaran kewujudan ustaz jahat seperti ini.

Sebaliknya untuk mengimbanginya, kita cadangkan pula drama atau filem yang menceritakan kisah ulama rabbani yang ikhlas dalam perjuangan agamanya seperti kisah Ibn Maien yang menjadi miskin kerana menuntut ilmu hadis.

Jangan takut berdepan dengan realiti, dan jangan pula menafikannya.

Sekadar melontarkan pandangan peribadi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...